Tuesday, April 22, 2008

Projek -Perpustakaan

Salam untuk kekawan yg membaca blog saya...

Untuk makluman...saya skrg dalam usahasama mengumpul dana untuk projek perpustakaan bersama dengan dr.bubble....untuk mereka yang berminat untuk memberi bantuan,sumbangan bagi menjayakan projek tersebut.boleh memaklumkan saya atau menghubungi terus kepada dr.bubble...

Thursday, April 17, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Machang: Surat Pembaca











Hari ini saya menerima surat dan cek yang dihantar dari Dubai.Tuan dermawan yang baik hati itu menulis;

Usaha Bro Iskandar (dan rakan-rakan) membawa sumber ilmu kepada mereka yang memerlukan ini menyentuh perasaan saya.Semasa kecil dan waktu bersekolah rendah di Sek Keb Pangkal Kalong, Saya selalu tercari-cari buku-buku cerita dan buku-buku rujukan lain untuk dibaca.

Sesekali bila ada surat khabar lama dijumpai, saya membaca berulangkali. Jika ada buku-buku cerita lama daripada guru-guru yang membawa ke sekolah untuk kami meminjam - sayalah yang paling banyak meminjam dan paling cepat pula memulangkannya.

Dewan Pelajar yang dilanggan oleh sekolah menjadi hiburan saya.

Begitulah kesusahan anak-anak dari kampung yang serba kekurangan.Bila bangun pagi, lubang hidung hitam kerana asap pelita minyak yang digunakan untuk membaca. Tiada lampu neon untuk kami semasa itu.

Alhamdulillah, syukur...semua yang saya lalui memberi kesedaran kepada saya. Ianya juga membuat saya begitu mudah tersentuh bila mendengar ada yang memerlukan.

Saya doakan usaha murni Bro Iskandar (dan rakan-rakan) mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah!

Yang ikhlas,
Tuan Yang Dermawan



KUTIPAN DERMA & 'PLEDGE' TERKINI: RM4080.00
No Akaun Maybank: 162 188 016 529 (ISKANDAR SYAH ISMAIL)

hatiku..hatimu

Hatiku bukan hatimu..jiwaku bukan jiwamu..
diriku bukan dirimu..
aku adalah aku...aku bukan dirimu..
hatiku..
sukar untuk aku katakan..hanya kamu mampu gambarkan..
hatimu..
adalah milikmu...sukar untuk aku miliki..
itulah takdirnya..
hatimu tetap milikmu
hatiku tetap milikku.
usah kamu memanggil aku..
usah kamu mencari aku..
kerana hakikatnya..aku adalah aku
kamu adalah kamu..
itulah hatiku dan hatimu...