Tuesday, June 14, 2011

Naluri ini berkata..
Mengapa aku diuji sebegini..
Mengapa aku di asak dengan bebanan ini
Mengapa aku harus melaluinya
Mengapa aku terus bersedih
Mengapa Harus aku merasa kesunyian ini
Mengapa aku dicemuh sebegini.
Mengapa aku diperlakukan sebegini
Mengapa aku kau khianati
Mengapa aku dikeji
Mengapa aku disindir sebegini
Mengapa aku dikecam begitu hina
Mengapa aku disisih
Naluri ini terus berbisik
Adakah ini nasibku
Adakah ini takdirku
Adakah ini bahagianku
Adakah ini balasanku
Adakah ini yang harus kuterima
Ku terus berfikir
Persoalan demi persoalan
Jawapan demi jawapan
..................

June 2011

Sudah lama rasanya tak berblog..kini terasa keinginan untuk kembali aktif...mungkin disebabkan disaat ini aku rasa sangat kesunyian..dan disaat ini aku dirundum dengan pelbagai masalah...
Itulah realiti dunia...dikala kita dibebani dengan masalah pasti kita akan terasa kesunyian..dan pasti kita perlukan satu tempah untuk meluahkan segalanya...Sepanjang pembukaan 2011 sehingga kini..segalanya telah berubah...aku menempuhi suatu perubahan yang amat drastik dan ia memerlukan kepada kekuatan hati dan emosi untuk menempuhinya...Alhamdulilah..ku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagie diberi kekuatan untuk terus tabah dalam mengharungi kehidupan ini..

Thursday, June 9, 2011

2011...

Masa berlalu begitu pantas...lingkaran kehidupan terus berubah mengikut peralihan masa...