Wednesday, September 14, 2011

Hari 1

Sekadar renungan..

Sejak kebelakangan ini...banyak benda yang menerjah akal fikiran..setiap saat membuatkan aku berfikir erti sebuah kehidupan...dan setiap minit pantas aje tanganku menaip dan setiap jam ligat mindaku berfikir....

Memang indah bermain dengan kata-kata...dan memang menarik andai tersusun indah barisan ayat bagi luahan rasa....

ibarat bukit di lembah ada tinggi ada rendah
ibarat hidup diredah ada pedih ada indah
usah selalu berkeluh kesah kerana kabus tetap basah
di situ letak penyejuk amarah penawar gelisah

Kalau saja sudah lali dengan kecewa dan perpisahan, janganlah sampai diambil ringan tentang erti sebuah pertemuan. Adanya pertemuan bermulanya perpisahan.

Yang Pasti.. Usahlah dijadikan adat berpisah sebagai alasan untuk melukakan sebuah perkenalan. Sebuah harapan.

Andai dihatimu ada luka...
Pasti ditanganmu ada pisau yang melukakan
Usah ditoreh derita yang menyakitkan
Andai ini tersurat
Pasti itu ketentuan.
Usah ditangisi derita..usah dirobek jiwa yang sedia terluka
Mengapa ditambah kekecewaan andai itu tersurat

Saturday, September 3, 2011

Syawal 1432h

Indahnya Syawal...pasti menjanjikan sesuatu yang indah...bagi umat islam inilah hari kemenangan yang perlu disambut setelah sebulan berpuasa dibulan ramadhan....berpuasa dari segala hawa nafsu dan menahan diri dari segala yang boleh membatalkan puasa...
Namun dalam kita bergembira pasti ada insan yang berduka,....tidak semua insan didunia ini bertuah dapat mengecapi keindahan dan juga kegembiraan syawal seperti insan lain...
Itu kisah umum..namun alhamdulilah aku bersykur ke hadrat IlLAHI kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari yang mulia ini ini...
Dalam menyusuri kegembiraan ini..dalam dalam hati kecilku ada rasa terkilan dan suram dengan hari kemenangan ini...Aku rasa inilah hari yang begitu mencabar keimananku..dihari ini aku diuji dengan masalahku yang tidak berkesudahan....

....Sejenak ku termenung..berfikir akan masalah ku...aku bersendirian melihat satu persatu dosaku..aku bersedih mengapa nasubku begini jadienya..mengapa aku yang diuji...persoalan demi persoalan bermain difikiran...satu persatu menerjah akal warasku...Ku tak faham kenapa ada manusia yang berhati durja dalam hidupku..ku tak faham kenapa madu yang diberi tuba yang dibalas...dan ku tak mengerti kenapa tergamak aku diperlakukan sebegini....
Namun dalam kekalutan jiwa...dalam kecelaruan akal ini..aku bersyukur..aku diberi kekuatan...kuanggap ini adalah dugaan hidupku..ku anggap ini adalah takdir hidupku...ku redha andai ini ketentuanNya....
Namun aku tetap bersyukur..kerana dikurniakan ahli keluarga yang faham masalahku..aku berterima kasih kepada tuhan kerana aku disokong oleh ahli keluargaku...terima kasih buat abang2ku..kakak2ku..adik2ku...dan anak2 buahku...terima kasih syawal.......walau ini pertama kali berlaku dalam hidupku..aku redha......

Tuesday, June 14, 2011

Naluri ini berkata..
Mengapa aku diuji sebegini..
Mengapa aku di asak dengan bebanan ini
Mengapa aku harus melaluinya
Mengapa aku terus bersedih
Mengapa Harus aku merasa kesunyian ini
Mengapa aku dicemuh sebegini.
Mengapa aku diperlakukan sebegini
Mengapa aku kau khianati
Mengapa aku dikeji
Mengapa aku disindir sebegini
Mengapa aku dikecam begitu hina
Mengapa aku disisih
Naluri ini terus berbisik
Adakah ini nasibku
Adakah ini takdirku
Adakah ini bahagianku
Adakah ini balasanku
Adakah ini yang harus kuterima
Ku terus berfikir
Persoalan demi persoalan
Jawapan demi jawapan
..................

June 2011

Sudah lama rasanya tak berblog..kini terasa keinginan untuk kembali aktif...mungkin disebabkan disaat ini aku rasa sangat kesunyian..dan disaat ini aku dirundum dengan pelbagai masalah...
Itulah realiti dunia...dikala kita dibebani dengan masalah pasti kita akan terasa kesunyian..dan pasti kita perlukan satu tempah untuk meluahkan segalanya...Sepanjang pembukaan 2011 sehingga kini..segalanya telah berubah...aku menempuhi suatu perubahan yang amat drastik dan ia memerlukan kepada kekuatan hati dan emosi untuk menempuhinya...Alhamdulilah..ku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagie diberi kekuatan untuk terus tabah dalam mengharungi kehidupan ini..

Thursday, June 9, 2011

2011...

Masa berlalu begitu pantas...lingkaran kehidupan terus berubah mengikut peralihan masa...