Monday, December 1, 2008

Bulan Dan Bintang



Semlam aku terkejut seketika..memandu kearah Nilai..kulihat bulan diangkasa..ku lihat bulan dan bintang bergabung membentuk senyuman..aku menggosok mataku..betul ker apa yg kulihat atau aku dalam igauan mimpi...
memang itu realiti,,aku bersyukur dpt kulihat tanda Kebesaran Yang Maha Esa...


MAHA SUCI ALLAH
KULIHAT KU RENUNG..
INDAH SUNGGUH PANORAMA
BINTANG DAN BULAN TERUS BERSATU
MEMBENTUK SENYUMAN INDAH DIANGKASA
12 TAHUN HANYA SEKALI
TERLIHAT INDAH PEMANDANGAN INI

Wednesday, November 26, 2008

Mungkin Begini La Diri Kita Sebenarnya

Sebentar tadie..aku termengelamun sebentar..teringat cerita kawan aku tentang hidup untuk bersyukur...ingin dikongsi bersama kekawan diluar sana..andai baik jadikan iktibar...

Minggu lepas kata kawan ku dia sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 . Pelakon utamanya dia tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang dia ingat sangat dan ingin dikongsi, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini kwn saya tak tahu sebab dia tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.Ingin dikongsi bersama, Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau gemuk atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ? itu kebiasaan yg berlaku dalam masyarakat kita..

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan betul tak...petikan kata2 my frends? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, saya dapat peluang bekerja sebagai eksekutif di sebuah sykt tempatan. Gaji yang ditawarkan taklah byk...cukup untuk keperluan saya yg masa tue tidak punya harta lagie..hihihih.masa tue saya mula berfikir.Kalau dpt gaji RM2500 kan best...

Kemudian saya dapat tawaran kerja dengan sebuah sykt lain. Betul2 saya dapat RM2500. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta . Tapi bila dapat banyak tu, memang tak cukup juga...makin ligat saya shopping . Kesimpulannya tak cukup juga! ( itu setahun yang lalu, dikala tgh excited dapat duit gaji..hihihih)

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!

Kini semuanya sudah berlalu...saya pun sudah tidak bekerja disitu lagi..sudah upgrade sikit suasana kerja..

Kini baru saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Ingin dikongsi bersama
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, kawan-kawan yang lain pun mcm tue juga, semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak kawan2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.


Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......"

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.

Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR

dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.



Sekadar pandangan ikhlas dari seorang sahabat yang tidak sempurna semuanya...

Monday, November 24, 2008

Fitrah Azali

Gurindam...........
Suatu Fitrah Azali

Cahaya malap suatu pagi
Membawa bersama ketenangan abadi
Bunga tersenyum berbisik hati
Pesan takdir dari Azali?

Dari kejauhan terdengar bunyi
Sempurna sekali ciptaan Ilahi
Bunga tersenyum sekali lagi
Ada apa hari ini?

Namun hairan silih berganti
Biasa diri tak pernah begini
Lumrah Kumbang bukankah mencari
Bagai tak pernah aku diseri.

Tampang itu bukan tak lazim
Tiada Kumbang datang bermusim
Bunga juga bukan yang alim
Namun Tuhan tiadalah zalim.

Bunga tahu siapa dirinya
Sekadar penghuni hutan belantara
Disunting Kumbang harus berbangga
Dirinya menang dek Bunga Kota.

Kumbang bahagia bila berjaya
Lupa ketika tiada sempurna
Bunga hanya memandang sahaja
Bila naif menambat hatinya.

Jauh terbenam di kamar jiwa
Kumbang menyimpan satu rahsia
Namun demi kerana cinta
Korban derita untuk Bunganya.

Bebaslah Kumbang meniti fitrah
Pahit getir harus kau pasrah
Menongkah arus bukanlah mudah
Namun semuanya di tangan Allah

Wednesday, November 19, 2008

mungkin



Mungkin aku tak mengerti dirimu
Mungkin aku dalam khayalan diriku
Mungkin jua aku insan yang tidak punya jiwa setulus dirimu

Aku insan biasa
tak punya harta dan rupa
mungkin engkau tidak mengerti
apa itu ketulusan hati
mungkin jua engkau enggan fahami
apa itu kejujuran jiwa
mungkin juga engkau alpa
tentang keikhlasan bercinta

aku tahu
jiwamu bukan jiwaku
aku jua mengerti
dirimu bukan milikku
aku juga pasti ketahui
segalanya mungkin bagimu

Monday, November 17, 2008

Bagai...



\


bagai kan dipelayaran
ku hanyut kegelapan..
tak siapa..
mendampingi..
untuk mengiringi..

puasku mencari ganti
kekasih yg dah pergi
tapi sayang..
ku terluka
di buru bayang mu....

Ku gelisah menanti jawapan..
Resah dalam emosi jiwa
Ku cuba cipta ceria
Namun
Ku pasrah dengan ketentuanNya

Kini aku tetap begini
Bergelumbangan dengan kesepian jiwa
Gersang duka menanti
Yang ku tak pasti sampai bila
---------------------------------------- ------

bagai enau dlm belukar melepas kan pucok masing2

bagai aur dengan tebing
bagai isi dgn kuku
bagai punggok merindukan rembulan
bagai bulan dipagar bintang..
bagai bunga kembang tak jadi

dan berbagai bagai lagi bagai..

Friday, November 14, 2008

Aku dlm blues 1

Hari ini hari jumaat...dikala hujan turun membasahi bumi..seketika aku termenung...terlaan blues dihati ini...di kala ini terimbau aku padanya.....


Andai engkau mengerti perasaan di hati ini pasti
engkau menyedari betapa hatiku merinduimu
bukan mudahnya aku untuk melafazkan cinta
sekali ku melafazkan sampai bila pun ku menyintamu
rindu memaksaku menyayangimu tak daya ku menahan
segala perasaan aku yang makin gelora setelah engkau
menyedari,
sambutlah cintaku
sepi mengajar aku tentang perlunya cinta
walau pedih walau perit terpaksa aku menghadapi
tiada apa yang aku pinta sekadar kesetiaan
selagi rinduku masih dihati cintaku terus bersemi..
........................................ .........
pernahkah selama ini ku berhenti mencintaimu?
pernahkah kau mendengar ku tak ucap sayang padamu?
di setiap getar jantung ku selalu sebutkan namamu?
cintamu telah membuat hatiku terukir jelas dirimu
engkaulah jiwaku,engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
hanyalah dirimu yg membuat segalanya indah
bilakah yg kurasa semua itu akan abadi?
kan kulakukan segalanya agar ku dapat cintamu
ku sayang dirim, ku jaga hatimu
di sini tempatmu di sisiku, tetap ku terjaga
dalam tidurku memikirkanmu
........................................ .
tika begini mencari-cari sebuah cinta hilang
saat begini ternanti-nanti bayangmu sayang...
bertanya-tanya pada sang bunga
mengapa layu jua,bertanya-tanya dihujung rindu
kau pun berlalu
ku ulangi pertemuan
walau hanya mendakap sisa cinta bersama rindu yang
terdampar
saat ini aku sendiri menangisi,pemergianmu kekasih
dan cuba memujuk rindu yang pedih tercalar di sudut
ingatanku
airmataku kau renang bahagia
tika begini aku sendiri
kau menyepikan diri saat begini
kau padu janji kasih yang baru kumasih sendiri...
ku harap cintamu kembali

Wednesday, November 12, 2008

Sorang-sorang

Aku yang sorang... .
Makan Sorang2..
Minum pun, sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang... .

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang... .

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang...

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang. ..
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang... heheheheheheh


Qurbanie

Salam KEKAWAN..DIKESEMPATAN INI..INGIN SAYA MEMBUAT SEDIKIT PROMOSI ..KEMPEN UNTUK KEBAJIKAN...

***************************************************************************
Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannmya.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Bersempena dengan kehadiran bulan Zulhijjah, bulan pelaksanaan ibadah qurban. Pihak Islamic Relief Malaysia sekali lagi ingin mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk melaksanakan ibadah qurban di 26 buah negara termasuk Malaysia, Palestin, Kosovo, Iraq, Sudan, Somalia, Bosnia, Afganistan, Pakistan, Lebanon dan sebagainya.

Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi islamic relief malaysia www.irm.org.my atau menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.

Sesungguhnya..tumbuhnya amal kebajikan yang subur tumbuh bermula dari benih Qurban yang ikhlas..





"BERKORBANLAH KEARAH KEBAJIKAN"

Monday, November 10, 2008

Hujan



Tuhan..
Dalam kerinduan dan kesepian ini
dalam kerisauan dan kemurungan ini
aku sering alpa tentang tanggungjawabku


Tuhan…
Walau kemana pun aku berlari
Walau kemana aku pergi
Walau aku terbang tinggi
Namun aku tetap begini
Mengharapkan ehsanMU Ilahi
Dalam mengejar cinta ini
Yang sarat dengan rindu dihati

Salam..

Salam buat kekawan..lama tak menyinggah di blog ini kerana kesibukkan tahap gaban telah membuatkan saya gagal untuk menembusi blog ini untuk menulis...
Rasanya hampir 2 bulan juga saya tak menulis..dalam kesibukan memenuhi tuntutan pekerjaan dan byk hal yang tak dapat dielakkan..

SINARNYA SEMALAM SUDAH KELAM DIKALA INI
MENCARI CAHAYA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA
MUNGKIN INI YANG PERLU DILALUI
MENYUSURI KEHIDUPAN DALAM CAHAYA SAMAR
MUNGKIN INI TAKDIRKU
MELANGKAH LONGLAI DI TANAH GERSANG

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

Sebagai tuan empunya blog biarlah izinkan hamba mulakan dahulu...

Hamba dengan ketulusan hati ingin memohon seribu kemaafan buat semua pembaca blog ini baik yg telah bersemuka atau pun tidak.

Andaikata terkasar bahasa dan tingkah laku selama perkenalan ini hamba memohon sangat kemaafan dr semua....

Adakala secara sedar atau tidak tiada siapa yg sangka kesalahan itu.

SAMBUTAN LAH KEDATANGAN SYAWAL DENGAN HATI YG GEMBIRA SESUNGGUHNYER SYAWAL INI ADALAH HARI KEMENANGAN UTLK UMAT ISLAM YG TELAH BERPUASA....

BERHATI-HATI DI JALANRAYA PADA SESIAPA YG MEMANDU UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN... BAWALAH BERITA GEMBIRA PADA SEMUA.....

Sambutlah pantun...

Lebaran mulia bersama dirayakan,
Utusan salam bermaaf-maafan,
Cahaya aidilfitri serikan perpaduan,
Teguhkan silaturahim sesama insan.


Terang bulan di cahaya gelap,
Mari kita bermain bunga api,
Memohon maaf salah dan silap,
Hati sedih di Aidilfitri.

En.Isk ganas tidak bertempat,
Memandu laju sambil mengeyam,
Hari Raya tak tahu mengayam ketupat,
Farouq hanya mampu tersenyum.... :)


SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA...

MAAF ZAHIR DAN BATIN......


terbit mentari di ufuk sana

jingga sinarnya menawan hati

kepada rakan-rakan semua..

maaf ku pinta di lebaran ini

Thursday, September 18, 2008

Suasana Ramadhan



Hari ini masuk minggu ketiga kita berada di bulan Ramadhan AL-Mubarak...Diam tak diam sudah 19 hari umat islam di Malaysia mengerjakan puasa di bulan yang mulia ini..dan sudah 19 hari jugalah kita berlapar disiang hari dan kita mengerjakan terawih di malam hari..itulah uniknya ramadhan...

Ramadhan...bulan yang penuh rahmat..bulan diperturunkan al-quran..bulan keampuanan..bulan keinsafan..dan juga bulan beribadah....Kebanyakan umat islam pasti ambil peluang untuk menikmati kelebihan bulan al mubarak ini..

Tapi sebenanya..hakikatnya..bulan ramadhan merupakan bulan bagi sesetengah golongan untuk membuat pembaziran...Senario ini kerap berlaku pabila waktu untuk berbuka puasa...Golongan ini gemar membeli juadah untuk berbuka puasa mengikut hawa nafsu tnpa mengikut pertimbangan...pabila habis waktu berbuka puasa..byk makanan akan dibuang dan dimasukkan kedalam tong sampah....
Seharusnya kita mengamalkan sikat berjimat cermat..sering ingat pada mereka yang kurang kemampuan..

Friday, September 12, 2008

smile di bulan ramadhan




Smile shows friendship
Smile makes new friends
Smile makes other people's day brighter
Smile improves your day
Smile looks better than a frown
Smile Puts others at ease
Smile always enjoyable to give and receive
Smile leaves favorable impressions
Smile makes you look happy, confident, and self-assured
Smile could be the start of a lifetime relationship!
So, dear friend... Never leave the smile from your face!!
Keep Smiling..... .....

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan Oh Ramadhan..

Salam ramadhan..arie nie genaplah sepuluh arie kita berada dibulan al mubarak ini...mungkin tidak terlambat untuk aku berkongsi sesuatu dengan kekawan diluar sana...
pada tanggal 6 & 7 september yang lalu..aku berpeluang mengikuti trip ke perak bagi menyempurnakan program `Ramadhan Feed The Fasting` anjuran Islamic Relief Malaysia..seawal 9 pagie aku bertolak..rombongan ini diikuti oleh sukarelwan IRM dan juga staf2 irm yang bujang2..hihihih...Dari kuala lumpur kami konvoi beramai-ramai...sebuah pregio..sebuah matrix..sebuah honda stream dan juga sebuah kembara...
Lebih kurang pukul 12.30 sampai ke ipoh...

Destinasi pertama...sebuah rumah anak yatim..lawatan ini tidak dirancang sama sekali kerana dibawa oleh rakan partner...kelihatan kedaifan dan keperitan hidup sekumpulan anak yatim...rasa terusik seketika melihat keadaan mereka itu...





Destinasi kedua..lawatan ke sebuah rumah anak yatim seperti yang dirancang..Rumah Yayasan Al Maisarah..Tersergam indah rumahnya..ala-ala umah kampung gitew..bersih dan menarik lanskapnya..Kehadiran kami disambut mesra oleh penjaga rumah tersebut...berehat seketika dan memulakan tugasan untuk membina perpustakaan anak yatim tersebut....





Finally tersergam indah...perpustakaan..



Sessi petang...sessi pengagihan pek makanan untuk fakir miskin...hati rasa terkesima seketika melihat gelagat ibu-ibu yang hadir pada hari itew...dan ia mengingatkan aku pada seseorang...tidak mengapa..mungkin kerna perasaan aku sahaja...alhamdulilah selesai juga pengagihan makanan tersebut..dan seterusnya majlis berbuka pose bersama anak-anak yatim dan ibu-ibu..seronok rasanya dapat melayan mereka...








Hari berikutnya..program diteruskan ke bukit gantang.. Pengagihan pek makanan untuk fakir miskin di bukit gantang...sesuatu yang menarik hati..salah seorang penerima adalah seorang warga emas yang berusia 100 tahun...aku berpeluang menghantar pakcik tersebut kerumahnya..sedih seketika melihat keadaan rumahnya..






Pesanku...dunia ini hanya sementara..ada yang suka ada yang berduka..ada yang kaya dan ada yang miskin..ada yang berharta dan ada yang papa..oleh itu..sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..ingatilah mereka yang berada dalam kesusahan...

Ramadhan adalah bulan yang mulia...
Berkongsilah kegembiraan anda bersama mereka...
Ingatilah mereka yang serba kekurangan...
Sinarilah Ramadhan mereka dengan sedikit sumbangan...

Lawatilah...www.irm.org.my

Friday, September 5, 2008

HELO..




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN MENJALANI IBADAH PUASA DI RUMAH

Thursday, September 4, 2008

Tazkirah Ramadhan



Wahai kekawan ku...

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita insan yang benar-benar muttaqin disisi Allah SWT. Puasa adalah perisai bagi kita. Orang berpuasa pakaiannya adalah taqwa. Dan taqwa adalah nilaian Tuhan yang tertinggi kepada hamba-hambaNya. Oleh kerana, apabila pakaiannya adalah taqwa maka seseorang hamba itu akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Pentarbiyahan Ramadhan adalah untuk mendidik hawa nafsu serta mengajar kita tentang ubudiyyah dan hakikat kehambaan. Bulan tarbawi ini juga adalah untuk menyedarkan kita dari segala dosa noda yang sudah kita lakukan. Mudah-mudahan tarbiyah yang kita terima pada bulan ini akan melumpuhkan jiwa serakah yang tertanam didalam sanubari manusia. Bahkan madrasah Ramadhan adalah untuk mengangkat martabat kita selaku hamba Allah SWT. Sesungguhnya, berpuasa pada musim panas atau hari yang panas terik ini dapat mempersiapkan diri kita dengan kesabaran dan kesungguhan bila mengharungi saat di medan jihad atau menghadapi saat-saat genting di medan dakwah.

Persoalannnya...Adakah Ramadhan kali ini merupakan yang terakhir bagi kita? Cubalah tanya diri… Betapa ramai orang tahu kelmarin yang berpuasa bersama kita, berterawih, merayakan idulfitri bersama, namun ternyata sudah mendahului kita dan sekarang telah pergi menghadap Tuhan Rabbul Jalil. Hitunglah saat kita di dunia ini. Dunia hanya persinggahan buat kita. Belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Semoga Allah menerima amalan kita di bulan puasa ini. Lazimkanlah diri kita dengan solat terawih, tadarus al-Quran, berzikir, beristighfar, bermunajat, berqiamulail di samping hindarkanlah diri kita dengan kesibukan dunia yang melalaikan.


amien....sama2lah kita berdoa untuk mencarie suatu keberkatan...

Sunday, August 31, 2008

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...

salam ramadhan...

Untuk kekawan...harie inie merupakan hari pertama kita menjejakkan kaki di bulan ramadhan al-mubarak..dan hari ini merupakan hari pertama kita tidak dapat makan disiang harie...hihihih...so harie ini jugalah kita akan memulakan ibadah untuk menahan diri dari lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan kemungkaran dan kesilapan...so kawallah segala-galanya terutama sekali dari aspek perbualan...hiihi

ucapan sempena bulan ramadhan menjelma...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak ..bersama kita mencari keredhaan Illahi..insyaAllah kurangkanlah juadah..tingkatkan ibadah..

************************************************************************
Assalammualaikum..

Jika harta adalah racun, ZAKAT adalah penawar, Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah ubatnya,jika seluruh bulan adalah NODA,maka RAMAHDAN adalah pemutihnya..Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

***********************************************************************

Salam,,


Anak bulan terbit tinggi, tandanya ramadhan datang lagi, bersujud kita kehadrat illahi, silap dan salah harap dimaafi.Moga ibadah sentiasa diberkati...
salam ramadhan.

*********************************************************************

Hadirnya bagai menanti kekasih..
Pastinya pasti akan dirindui..
Moga kehadirannya tidak dipersiakan..
Perginya pula akan ditangisi..
selamat menyambut bulan ramadhan.

*******************************************************************

Selalunya setting niat..UPGRADE iman..DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa, UPDATE doa, TOP-UP ilmu, agar dapatlah REDEEM pahala banyak-banyak..
selamat menyambut kehadiran ramadhan..


****************************************************************

A SIMPLE GIFT OF `ASSALAMMUALAKUM` WRAPPED WITH ` SINCERITY`TIED WITH `CARE` & SEALED WITH `DOA` TO KEEP YOUR FAMILY SAFE & `SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN`

***************************************************************


Friday, August 29, 2008

salam ramadhan




Mata kadang salah melihat....
Lisan kadang terlepas kata....

Janji kadang terabai....
Hati kadang berprasangka.....

kata kadang terlepas
cakap kadang terumpat

Sikap kadang menyakitkan
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


JIKA HATI SEJERNIH AIR
JGN BIARKAN IA KERUH
JIKA HATI SEPUTIH AWAN
JANGAN BIARKAN IA MENDUNG

JIKA HATI SEPUTIH AWAN
HIASILAH IA DENGAN IMAN




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

MOHON SEGALA KEMAAFAN..ATAS SEGALA KESILAPAN

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, August 27, 2008

MUSIM ORANG BERSUMPAH..

MUSIM ORG BERSUMPAH

Terkesima seketika memandang buletin sejak akhir-akhir ini…kebanyakan isu yang diperkatakan byk menjurus kepada isu semasa mengenai sumpah…Bagi ku apakah rasionalnya sumpah masyarakat sekarang…..asyik mempermainkan sumpah…lebih dasyhat dgn al quran lagie..

Teringat aku pada zaman kanak2 dahulu..ketika bermain ngan kekwan..bila berlaku pergaduhan kecil pasti ada saja yang akan bersumpah…adakah zaman kanak-kanak tesebut akan kembali lagie..padahal yang byk bersumpah dewasa kini adalah orang yang sudah besar…dan boleh dikatakan orang tue lagi..dan siap boleh dipolitikkan lagie aktiviti sumpah tersebut….

Persoalannya cukup mudah..adakah kerana msia sudah ketandusan isu semasa..ataupun msia kehabisan cerita sejagat yang harus diperjuangkan lagie…perlukah sumpah dikhalayak ramai bagi membeli kepercayaan masyarakat yang semakin terhakis dinihari ini…

Senario semasa…kerap kali terdengar …ada pihak masuk dlm masjid atau surau pegang al quran untuk bersumpah...bila sesuatu kesalahan yg tak cukup bukti………tidak cukup dengan itu siap ada rakaman live lagie…dan ada pula pihak cabar mencabar suruh sumpah bagi memastikan ia tidak melakukan sesuatu perbuatan itu….apa ke hal nya dgn masyakat kita terutama orang islam..apabila menjadikan sumpah itu sebagai suatu permainan….Bagi aku ini merupakan suatu scenario yang tidak sihat….adakah mereka melakukannya kerana glamerrrr…atau pun kerana ada agenda lain..segalanya bergantung pada individu tersebut…


Senario semasa…
Mungkin ramai dah tahu pabila ada seorang jejaka berani mengangkat sumpah di dalam masjid…diikuti oleh seorang menteri…dan yang terbaru … ada cabaran dari org2 parti tertentu meminta menteri besar perak supaya mengangkat sumpah lahanat....aku pun tak faham...apa la dok main2 ngan sumpah tu....tidak tahu kah mereka kesan sumpah itu pada masa hadapan..mengapa perlu taksub pada sumpah ngan al quran...bagi mereka....klu sumpah dgn al quran tu kira betul dah...tak perlu dipertikaikan lagi...

Kalau begitula metaliti masyarakat sekarang..hancusslah malaysia ..kerana semuanya main sumpah saja..
Habis tue....
polis takde kerjalah pula...yealah...kalau nak tangkap..pesalah terus bersumpah..
mahkamah tutup...kerna takde kes yang akan diperdebatkan....
pnjara kosong...kerana semua pesalah dah mengaku dan angkat sumpah...
huu..huu..
Kelakar kan....
Itulah sedikit sebanyak kesan sumpa apabila ia digunakan untuk membuktikan yang dirinya tak bersalah... ianya menjadi seakan mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri...

apapun segalanya bergantung pada individu...setiap orang berhak memberi pendapat memasing..so fikir-fikirkanlah sendiri....apapun jangan terlampau ghairah bermain ngan sumpah....kelak ia akan memakan diri sendiri....

Pendapat dari hati nuranie ku....

Friday, August 22, 2008

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU




hAHAHA..selamat berhujung minggu untuk kekawn sekalian...bagiku..hujung minggu seperti rutin harie biasaku...tetap kena bangun awal...ada tugas perlu dilaksanakan...itulah kehidupan aku sejak kebelakangan ini....hari sabtu aku bertugas di tapak pameran MAHA...membuat promosi untuk kerja-kerja kebajikan sempena bulan ramadhan al-mubarak...dan hari ahad pula ada program pengagihan pek makanan kepada fakir miskin .....hihihi...

Apapun yang penting kita enjoy dan gembira dengan apa yang dilakukan...seronok aku walaupun bertugas dihujung minggu...hihihi

Untuk kekawan semua...selamat bercutie...selamat bangun lambat hihi..hihi..

.....................................................................................

Tuesday, August 19, 2008

PERCINTAAN SI ROBOT (WALL E)

Salam utk kekawan sekalian.. lama juga tak menulis blog..hihihih..yalor busy sikit lately nie..oh yea..walaupun busy tahap gaban..namun aku sempat juga menerima pelawaan kawan aku utk menonton movie..semalam aku menonton movie WALL-E …HIHIHI..so mcm biasa..kalau dah menonton pasti ada komen dan juga pandangan…utk kekawan yg tak menonton..sila lah lihat synopsis ringkas aku dan juga pendapat aku..





Secara ringkasnya dapatlah aku membuat Sinopsis..
Movie ini mengisahkan tentang kehidupan WALL-E ..WALL-E adalah satu-satunya robot terakhir di atas muka bumi yang telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan planet bumi dari segala sampah . Ia dihantar oleh Buy n Large (BNL) untuk membersih , sementara menanti kepulangan manusia yang sedang hidup mewah di atas kapal angkasa di angkasa lepas..Bagaimanapun selepas 700 tahun berada disitu, dia mula menunjukkan personalitinya dan merasai dirinya keseorangan dan kesepian dengan hanya ditemani seekor lipas bernama Hal.Rutin hidupnya adalah....membersih...menonton video...dan mengumpul benda-benda pelik yang dijumpai..Aku rasa dalam 30 minit lebih jugalah kena lihat aktiviti harian wall-e...memang menyeronokkkan...hihi..hidup keseorangan..tapie bagie mereka yg tak suka pasti akan rasa keboringan...yealah hanya pergerakkan robot..


Yang best partnya..boleh dikatakan setiap harie ..wall e akan melayan tayangan lague pasangan kekasih..untuk melayan jiwa yang kosong..hahahahah.so secara tidak langsung telah membuatkannya memasang angan2 utk mempunyai kekasih...walaupun hakikatnya..dia tinggal seorang diri di situ...
Impiannya hanya satu, iaitu untuk menjelajah alam semester dan mempunyai seorang pasangan kekasih..

Then suatu hari, satu robot kecik (EVE) dihantar ke bumi untuk mencari kesan hidupan (tumbuhan) di Bumi. Eve ditugaskan untuk menentukan samada persekitaran Bumi sudah sesuai untuk didiami oleh manusia atau tidak.
Kehadiran Eve yang dihantar Buy n Large untuk memantau muka bumi untuk sementara waktu, mewujudkan perasaan jatuh hati buat WALL-E kepada robot berbentuk bujur telur itu.

Bermulalah detik percintaan robot dan slot jiwang karat wall-e....Wall-e mempunyai misi utama untuk memegang tangan Eva...hihihi..class gitew...
Pertemuan antara Wall-E dan Eve sangat membuai perasaan sehinggakan Wall-E sanggup berpaut pada kapal angkasa yang membawa Eve kembali ke kapal induk Axiom bertemu kapten untuk menunjukkan penemuannya.

Pada era itu, semua manusia telah menjadi gemuk dan hanya bergantung kepada pod automatik masing-masing. Di atas kapal angkasa pelbagai perkara terjadi terhadap mereka. Robot bertindak melawan manusia. Di akhir cerita manusia berjaya kembali ke Bumi dan membina koloni yang baru. Wall-E dan Eve hidup bahagia…
Komen aku…


• Citer nie memang best…walaupun watak robot namun ia mempunyai seribu pendefinisian ( melihat kepada kisah percintaan robot..perlu kepada pengorbanan dan keihlasan dalam percintaan dan akhirnya menemui kebahagiaan)..
• 80% jalan cerita ni memang tak der dialog! Impresif tak? Kita kena layan expressi dan gerak robot-robot tu untuk paham apa yang dia nak ceritakan. hehe....
• Ada unsur-unsur lawak....dan unsur-unsur nilai persahabatan..dan ada tema alam sekitar..hihihihih
• Apapun citer nie memang best and enjoy giler...untuk mereka yang sedang untuk bercinta tue..boleh tgk bagaimana keihlasan wall e dalam memikat hati eva...


Ringkasnyer, Wall-E ni memang best! aku suker watak Wall-E & EVE.dan aku suka sangat dengan lagunya-- La Vie En Rose...(Louis Armstron) memang romantik...hihihi

Wall-E selalu panggil EVE sebagai "EVA!"
EVE pulak panggil Wall-E sebagai "Wally!"

Sebab memang tu jer pun dialog robot-robot tu sumer.. hehe..,,..tapie jgn terkejut selepas ini..ramailah pasangan bercinta akan memanggil pasangan memasing seperti wata wall e dan eva…




DAPAT JUGA PEGANG TANGAN EVA

Memang bessttt...

Thursday, August 14, 2008

Berdialog Secara Puitis

Untuk kekawan..pernahkah anda berdialog,berbual dan bercakap dengan kata madah berpuitis...dengan kata klasik..dengan ayat-ayat yang membawa seribu makna....
Berikut merupakan dialog antara aku dgn seseorang....

Dia berkata:

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran...
Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci..
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula
kekuatan Berlandaskan keimanan...


aku menjawab dengan penuh keikhlasan:

andai kecundang dalam perjalanan
teruskan jua untuk suatu destinasi
usah dinanti pada tangisan jiwa
usah di beri sebuah harapan
usah dipeduli akan onak dan duri kehidupan
teruskan perjalanan
teruskan kehidupan dengan sejuta impian.

Dia berkata lagie:

Duka derita duka laraku di dunia,
Tidaklah aku sesali, meski deritanya aku tangisi
Sesakit apapun yang kurasakan dalam hidupku,
Semoga tak membuatku…kehilangan Jernih jiwaku…
Andaikan dunia mengusir aku dari buminya,
Takkan aku merintih jugak tak akan aku mengemis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya…
Asalkan kerana itu, tuhan menjadi sayang padaku
Segalanya kehendakkan menjadi penawar bagi cintaku…
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah, tuhanku yang ku takuti
Ada atau tiadaku, semata-mata milikNya jua…

Aku menjawab


ditanah gersang hati ini berkelana
membawa jiwa duka nan lara
mungkin ini takdir illahi
ku pasrah padamu
namun aku tidak perlu meratapie kedukaan ini
kuteruskan kehidupan berpandukan kitabmu
ku pegang ajaranMU
ku redha dengan segalanya
namun aku tetap aku
insan kerdil dibumi bertuah
sering alpa dgn nikmatmu
hidup tak keruan
mungkin ini dosa lampau
aku insaf dgn telunjukMu
Ya Tuhan berilah Aku kekuatan untuk suatu dugaan
berilah aku kebahagiaan untuk satu perjalanan yang direstui--


katanya sekali lagie:

Kasihku dalam hidupku
Tak kulupa kewujudanMu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan
Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu
Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat


Aku memberi pendapat:

tapie itu hakikat insan duniawi
selalu alpa pada nikmat kurniaanNya
damba akan kebahagian
tanpa kesyukuran padaNya
Itulah hakikat nurani
jiwa rentap mengungkai pasrah
apapun kembali padaNya
itu Hakikat Selamanya
untukmu yang bergelar insan

.kuharap ini perbualan penuh ilmiah dan pengajaran..semoga kekusutan terurai..segala pendefinisian bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri...bagaimana dengan kekawan sekalian..apa yang difahami...apa pendapat kalian..hihihihih

Wednesday, August 13, 2008

Susuk- filem ala-ala seram diabad ini..

Sejak awal penayangan iklan cerita ini, aku teringin bebenor ingin menyaksikan cerita ini..dari awal lagie aku berhajat utk menyaksikan cerita susuk dipawagam...
aku yakin ada sesuatu kelainan dalam cerita seram dalam susuk....dengan penampilan artis senior seperti ida nerina & sofia jane telah menariik perhatian aku..

Semalam...aku berpeluang menonton cerita ini...finally tercapai hasrat dijiwa utk menontonnya..aku bersama budak opis pergi menonton di pavilion..tayangan pkl 930..
Mnejejakan kaki ke panggung..kulihat tak lah ramai yg menonton cerita ini..padahal baru seminggu tayangan..takkan tak best kot..jiwa kecil aku berkata...takpe tgk dulu baru buat penilaian...

Tayangan Bermula....secara peribadi aku boleh simpulkan...

Dalam citer inie memang memenuhi kriteria sebagai cerita seram dimana ada memaparkan unsur-unsur seram iaitu--hantu-bomoh-mayat..ada elemen suspend..ada babak 18sx- tapie takla mengiurkan sangat bagie aku (merujuk watak aleeza kassim dlm kolam renang), kelakar (adalah sikit), panik-ngeri , nak muntah, suspend.


Secara mudahnya ramuan (kriteria diatas) tersebut Telah digaul dan di campur dengan segala rempah ratus untuk menjdi sebuah filem ala-ala seram berjudul SUSUK..HIHIHIIH

Untuk pengenalan kepada mereka yg tak dapat menonton lagie citer nie...ia berkaitan tentang seorang wanita bernama Soraya (watak diana rafar)yang resah dengan rutin kehidupannya. Bercita-cita menjadie penyanyi atau bintang ternama.Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu...untuk menjadi seorang diva dalam industri hiburan..

Cerita ini memerlukan penelitian..mempunyai plot cerita yg berbeza dimana ia bermula dari Z, kemudian pergi ke A-D. Itu yang aku paham lah. So, nasihat pertama, sila jangan kelip mata anda lebih dari 5 saat. kerana setiap babak amat bernilai supaya anda tidak tertipu dan tak paham cerita…okays!!

Bagi akulah..citer nie taklah berapa seram sangat..ia gagal memberikan kesan trauma ketakutan dalam jiwa penonton...byk sangat yang suspend dan surprise..Pendedhan yang dilakukan terhadap penggunaan susuk gagal diuraikan dengan kemas...apa yang dapat dilihat..cara susuk digunakan...tuepun ala-ala moden seperti sudah diubahsuai mengikut genre masa kini.(kekurangan unsur tradisional menyebabkan keasliannya tiada\) haha, kalau sapa2 yang tak pernah melihat camna la orang masukkan susuk nih, so dalam filem ni korang boleh la tengok, walaupun aku rasakan babaknya tak lah begitu spesifik mungkin dah dipotong2 oleh lembaga penapisan filem, tapi masih boleh difahami!!

Bagi aku yang kureng menarik adalah permulaan cerita yg penuh dgn persoalan,aku juga rasa filem ini antara yang sikit je pelakon nya, tak ada guna orang ramai sngat. babak konsert pun tak tunjuk orang datang lompat-lompat sana sini. save bajetlah agaknya. tapi tak seronoklah, tak ada feel utk satu-satu babak yang sepatutnya bekehendakkan ada orang ramai.

Bagi aku pelakon utama..watak soraya seperti gagal menjiwai watak (ala-ala minah blur gitew) nasib baik diselamatkan oleh lakonan yang mantap ida nerina dan adlin aman ramli..begitu juga watak sofea jane dan aleeza kassim... kedua-dua mereka berjaya membawa watak masing-masing, tapi pelakon sampingan agak kaku. so tak support sangat pelakon utama, agak statik dan bosan kalau babak melibatkan pelakon utama dan sampingan.
susuk! subjek yang diutarakan, tapi aku rasakan erm, hanya jenis-jenis susuk sahaja yang diketengahkan, tentang pantang larang pun agak tak diketengahkan. ianya banyak menceritakan konflik suraya yang tgh bengong memikirkan tentang susuk. disebalik itu bercerita pula tentang watak ida nerina yang terperangkap dengan pantang larang susuk dan keluarga.

Aku suka lagu tema dia...memang bersesuaian dengan suara ida nerina walaupun hakikat nya azura yang nyanyi...sungguh unik dan berbeza sekali suara azura...

Di akhir cerita, sesiapa yang dah buat spekulasi awal akan terperangkap! ending cerita mungkin tidak seperti yang diharapkan kerana berat dengan unsur-unsur misteri, dan diakhir cerita jugalah korang akan dapat jawapan kepada mister-misteri di awal cerita, so korang keluar dari panggung ke car park pon masih dok pikiaq pasal cerita tu yang berputar belit. so sapa2 yg tak puas hati tuh, boleh tgk utk kali kedua…hahahahaah

apapun tahniah kepada pengarah Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan penulis skrip Rajesh Nair…!!!kerana menghasilkan cerita susuk yang kurang susuknya..hihihih...










ini ikhlas komen dari penonton susuk...

Tuesday, August 12, 2008

Pantun-Kawan

ini kisah suatu penglipurlara..
Kisah seorang kawan.sekadar suka-suka mengisi masa yang ada...

pantun kawan cari kawan
pantun berlawan dapat tawan
hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.

hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.
Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen...hahahahaha

Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen
Ada jer kata lawan
silap hari kena habuan

Masuk hutan disengat tebuan
Sakit terasa seluruh badan
Banyaklah bersabar kerenah teman
Soal hati banyak dugaan.

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati

suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati
ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.

ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.
hubungan sahabat tentunya lama
selagi ikhlas didalam hati.

jangan disimpan dalam peti
tapi simpan atas para
jujur dan ikhlas dalam hati
barulah persahabatan kekal selamanya

aduh!! sakitnyer gigi ,
sebab makn cklet cabry,
rase sronok kat hati,
coz,,,kekawan baik dan hapy…


bersama2 kita bersahabat
mengharungi ombak dan badai
untuk kekal bersama
di teratak yang bikin gempak……..

teknologi canggih pembawa cerita,
hasil dari merentas sempadan,
kalau mencari cerita cinta,
teratak ini sedia menemukan,

beli halwa di pekan rabu
halwa rasa manis begitu
berkawan biarlah beribu
berkasih biarlah hanya satu

kalau berkawan biar beribu,
kalau berkasih hanyalah satu;
yang mana satu pilihan kalbu,
nanti tak dilayan rasalah malu,

he..he..segan ler…

pergi ke kedai membeli kelambu,
dibuat tidur di malam hari,
kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,

kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,
tapi jangan le buat begitu
takut nanti ada yg benci

Tanam pisang tepi rumah
Tempat bertenduh kete Kancil
Berkawan mudah bercinta susah
Maklumlah manusia ni macam2 style.

pergi bertapa kat gua mulu,
rehat jap minum kopi,
kalu nak bercinta jgnlah malu,
luahkan lah rase di hati,

anak hang jebat tak pakai baju,
nyorok malu belakang almari,
sampai mase kiter bertemu,
mungkin ade yg menawan di hati,

pagi2 kutip cendawan,
malam2 tanam bunga,
diteratak nie kita berkawan,
bila bertemu mesti gumbira…

sambil berpantun kita bergembira
untuk hilangkan luka lara
sambil mencari kawan bersama
untuk dijadikan teman setia


Sunday, August 10, 2008

Kisah Kasih Sayang

oh yea..harie nie aku nak berkongsi suatu cerita yg aku pasti dapat jadie pengajaran..situasi ini berlaku ketika aku berada di tingkatan 4 di sebuah sekolah di selatan tanah air....pada usia aku ketika itu aku aktif bertanya kepada guru yang mengajar...ketika itu guru tersebut sedang mengajar Bahasa Malaysia ..DAN topik pada hari itu berkisar mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara aku dan guru tersebut berbunyi begini :

Aku : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Aku : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Aku : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila aku kembali balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tanganku. Maka cikgu pun bertanya kepada aku.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Aku : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Oleh itu..hargailah mereka yang disayangi...

Thursday, August 7, 2008

im like a bird

i’m like a bird
who was born with a pair of wings
don’t teach me how to fly
‘cos when i flap my wings
i’ll soar up high in the sky
above the clouds n over the rainbow
flyin' without a destination

i’m like a bird
who drops by at shady trees to rest
searchin' for a perfect spot
to build a nest that i can call my home
but everytime i start to build
it seems to be carried away by the wind
so i have to keep flyin' n continue my journey

i’m like a bird
who neither likes to be kept in a cage
nor clutched in someone’s hands
the more u chase after me
the further n higher i will fly away
but if u sit still patiently
someday i will eventually come to u!

Tuesday, August 5, 2008

Hujung Minggu Yang Bermakna

Salam kemasyarakatan utk masyarakat Msia..Setelah lama menyepi diri akhirnya aku berkesempatan juga pada hari ini untuk menjengah seketika didalam blog ini..bukannya niat menyepi diri..bukannya kerna hati tak sihat..dan juga bukannya kerna sesuatu..aku menyepi kerna kesibukkan aku terhadap pekerjaan yang aku cintai...hihihi..jgn marah...Semalam baru habis satu program..now ok sikit lah nak bercerita..

Sekadar renungan..walaupun sesibuk mana kita dalam pekerjaan..kadangkala kita perlu juga mencuri sedikit masa untuk bersama kekawan dan juga keluarga…kita perlukan ruang juga untuk berseronok dan menikmati kehidupan ini..itulah yang dikatakan kehidupan normal…baru seimbang kehidupan ini…

Oh yea..sesuatu yg ingin dikongsi bersama...hujung minggu lepas..tanggal 2 Ogos 2008 bersamaan ari sabtu...aku berkesempatan untuk pulang kekampung...tapie bukan kampung aku...kampung kawan aku..che iskandar nama dia...hehehehe...balik Jerantut....
Seramai 6 orang budak opis yang mengikuti percutian hujung minggu ini..perjalanan dimulakan selepas rakaman rancangan SPM di RTM….lebih kurang pkl 11 kami bertolak dari Kuala Lumpur..

Seronok bukan kepalang..dua biji kereta dari kuala Lumpur..Vios and Myvi jadi sasaran untuk kembali ke kampung che Isk…hihi..so sangat selesa..3 orang satu kereta…tape yg menjadi mangsanya adalah aku and che isk kerana menjadi pemandu yang berhemah…

Sepanjang perjalanan..kami di temani dengan keseronokan untuk bercerita…dalam kereta aku berseronok cik sally dan cik lily bercerita…di tambah lagi dengan bahan perasa oleh aku sendiri…topic perbualan banyak berkisar kepada isu semasa dalam dunia glamour IRM dan juga kisah peribadi insan mithali…hihihihih

Dan dengar2 ..kereta myvi pula ..di selimuti dengan kisah kehebatan dunia pemakanan...oleh kerana kesemua mereka orang Pahang..dan mereka yang gemar kepada makanan..maka mereka lebih gemar mengutarakan isu mengenai makanan masyarakat pahang terdahulu...dan juga makanan tradisi..( tak heranlah aku kesemua mereka mempunyai saiz yang luar biasa…hihihih..jgn marah)…

Setelah sejam lebih bergerak..perut rasa kelaparan yang tidak terhingga…seperti biasa keta myvi mendahului kami semua.. dilihat membelokkan diri masuk ker temerloh…kami pun ikut mereka…ingatkan hendak membeli barang..tetapi rupanya berhenti rehat untuk makan…Tempat makan..disyorkan oleh amir..(sedap katanya)...kami melangkah masuk...sebuah kedai makan cina..pakar dalam penyediaan nasi ayam...hihi..kami makan...dengan penuh kelazatan..habis bersih...
**komen aku- nasik ayam yang enak...sunggguh berbeza dgn nasi ayam di kuala lumpur..masih lagie mengekalkan citarasa tradisi..ayam yg banyak..sup yang lazat..tapie sayang..sambal dia takde rasa..tapie pedas.)

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke jerantut..lebih kurang sejam selepas itu ..kami sampai dijerantut...sebelum kerumah che isk..kami singgah sebentar kepasar untuk membeli barang keperluan untuk buat barbeque...hihihhiih..

Alhamdulilah...akhirnya kami selamat sampai ke rumah che isk..berehat seketika...dan pada sebelah petang ..lebih kurang pkl 5...kami pergi dusun che.isk...wah..suka semacam bebudak nie...dpt masuk ke dusun durian..sasaran pertama...kami menyergah pokok manggis...enak sekali rasanya..manis yang teramat sangat...lepas itu..kami beralih arah ke pokok dokong..hahahahah..aku tak panjat..si amir jadi mangsa utk memanjat..mata berubah menjadi ganas...pokok rambutan pula jadie mangsa...rambutan gading berwarna kunig..kami kerjakan...














Selepas itu.acara mencari buah durian diadakan...kami berjalan sambil membongkok..mencari buah durian yg telah gugur....seronok rasanya..menikmati kehidupan didusun ini..tapie yang tak bestnya..kena gigit kerengga dan nyamuk..normal lah tue kan bila masuk hutan...tapie yg tak tahannya si lily dan sally...ala-ala ratu malaysi gitew masuk dusun..hihihihihhi

Waduh memang lazat buah-buahan tempatan ini...rasa yang berbeza kerana kesegaran yang sukar untuk diperolehi di ibu kota..memang rugi tak terkata kepada mereka yang tak pergi...terima kasih buat che isk dan keluarga kerana ajakan ayam sebelum ini telah menjadie kenyatan....

Acara malam menjadie tumpuan utama...upacara barbeque...seperti biasa.. kambing menjadi pilihan utama, disamping ayam dan juga ikan air tawar.......oh yea lupa nak cakap..sebelah mlm datang lagie 2 org kawan kami kesitue...so bertambah meriah lah...
Part paling happening adalah msa nak idupkan bara utk membakar..susah betul nak idupkan apie....hihihi..nasib baik ada pakar yg datang..so akhirnya..idup juga...
Lebih kurang pukul 10 baru kami menikmati makanan barbeque....

Pakar Barbeque malaysia



Itulah kemeriahan yang aku rasai semasa bercutie di jerantut...keseronokan yang sukar utk dilupakan dan tidak dapat dibeli dimana2..terima kasih buat che isk dan keluarga..kerana memberi kami suatu pengalaman yang berbeza..itulah rezeki jika kita berbuat baik dgn orang...hihihih..apapun tahun depan jangan lupakan kami lagie yea...

(saksikan gambar lain yg lebih menarik di next post)

Tuesday, July 22, 2008

pantun 2 kerat...ahahaha

sudah lama menyepikan diri
hari ini aku kemari

Hari ini aku nak berpantun…lama rasanya tak berpantun…dulu masa zaman sekolah …akulah juara pantun…hhehehe…boleh giteww…dengan lafaz bismillah aku bermula


salam ceria pembuka kata
buat sedara jauh di mata

baik budi si gadis santun
siapa sudi sila berpantun

pantun berbisik bukan mengata
jom mengusik sesama kita..

Untuk kekawan sekaliann...sebagai ingatan dan pengajaran
Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa

Sudah garahu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula

Pinggan tak retak nasi tak dingin
Orang tak hendak kami tak ingin

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih


Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Tapie awas jangan berdendam...

Kalau padi taruh sama beras
Kalau tak mati boleh balas

Nak berkongsi sesuatu dengan anda semua....

anak cina duduk menampi
waktu lena terus bermimpi

hati gembira tidak terperi
mimpi bertemu tuan puteri

asyik menganyam si kain songket
tuan puteri berlesung pipit

kalau nak dapat kasih sejati
cari dan cubalah pikatkan hati

duduk di tingkap di waktu pagi
sudah kutangkap, terlepas lagi

hehehhe..jangan putus asa..

elok cuba sekali lagi
mana tau beroleh rezeki

pergi ke hutan memikat burung
dapat ditangkap teruslah kurung

anak burung di bawah tempurung
kalau dikurung , diakan murung.

Kesian kan..dia menjadie murung..oleh itu..

pagi petang kusuruh menyanyi
hilang murung pasti tak sunyi

anak burung di tepi gua
kalau di kurong sakit lah jiwa

boleh gitewww
jika dikurung belailah ia
setiap hari pasti ceria


dan last sekali untuk kawan i yg sedang berduka....

hatiku ingin merasa berkasih sayang..
tapi yang kunanti tak kunjung datang...

Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Lain hulu lain parang
Lain dulu lain sekarang

Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci

sekian..sekadar hiburan dan tatapan kekawan sekalian...suka ker..hiuhihihi
Last sekali..

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

Friday, July 18, 2008

Love and appreciativeness

Love and appreciativeness

MOOD UPDATE

Yes a heart can hallucinate
If it's completely starved for love
Can even make monsters seem like
Angels from above

You forged my love like a weapon
And turned it against me like a knife
You broke my last heartstring
But you opened up my eyes

So goodbye Alice in Wonderland
Goodbye yellow brick road
There is a difference between dreaming and pretending
That was not love in your eyes
It was only a reflection of my lonely mind wanting
what was missing in my life

Love and appreciativeness

Love and appreciativeness

MOOD UPDATE

Yes a heart can hallucinate
If it's completely starved for love
Can even make monsters seem like
Angels from above

You forged my love like a weapon
And turned it against me like a knife
You broke my last heartstring
But you opened up my eyes

So goodbye Alice in Wonderland
Goodbye yellow brick road
There is a difference between dreaming and pretending
That was not love in your eyes
It was only a reflection of my lonely mind wanting
what was missing in my life

Thursday, July 17, 2008

hanya Coretan...




Bukan rupa jadi ukuran
bukan body jadi taruhan
bukan harta jadi pujaan
tp hati jadi sandaran...

Jarang sekali terdengar bunyi
ketukan di pintu hatiku ini
kalau ada pun bila ku buka
tiada siapa yang berada di luar


Tapi sejak dua menjak kini
ku merasakan bagai ada tetamu
tanpa dijemput sudi menjenguk
pada waktu sepi menemaniku


Tidak mungkin tiada di sini
kerna tiada siapa pernah kisah akan aku
tertanyaku siapa kamu
kenapa singgah kalau tak masuk
ke dalam hatiku


Jarang sekali ku rasa rindu
menantikan waktu untuk bertemu
bisakah bersua walaupun seminit
agar lahir peluang berterima kasih


Jarang sekali ku sebegini
mengharapkan hati untuk diselami
jangan biar fikiranku buntu
memikirkan mimpi dalam jagaku

Biar masa berlalu..
ku tak pasti..bilakah tetamu itu akan bertandang lagie....

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT TERULUNG-ANWAR VS SHABERY

Seperti yang dinanti....akhirnya tercapai juga hasrat masyarakat Malaysia untuk menyaksikan Sessi Pendebatan yang terulung diabad ini diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga......
Secara peribadi dapat saya nyatakan bahawa ..

Satu debat yg sungguh memalukan kerajaan terutama BN dan UMNO... yg akan senyum melihat MCA, MIC dan DAP........ Sekadar menteri penerangan nak betulkan kerajaan? Adakah anda mampu melakukan.... Layakkah Menteri Penerangan berdebat dengan bekas TPM dan Menteri Kewangan? Kenapa kerajaan gula-gulakan menteri penerangan tu utk berdebat dengan Anwar... kenapa x hantar saja Timbalan Menteri kewangan Ke2 Dato Nor Muhammad Yaakup berdebat dengan Anwar?

Ternyata debat mlm tadi Tok menteri GAGAL mempertahankan dan melontarkan idea untuk membantu rakyat ekoran kenaikan harga minyak! Tok menteri langsung tidak menjawap soalan, lain ditanya lain yg dijawab.. jelas menunjukan Tok Menteri lari drpd tajuk debat!

Anwar berhujah mengunakan fakta! menyebut angka-angka dan sumber kajian. walaupon diungkit dan diserang secara peribadi oleh Tok Menteri dia tetap Fokus pada tajuk debat! nahh satu Malaysia dah dapat tengok... VCD debat akan bertebaran hingga ke kampung pendalaman. Rakyat Malaysia akan menilai sendiri dgn persepsi sendiri mengikut tahap umur, ilmu dan umur yg bebeza.


Tok Menteri secara keseluruhannya lebih kepada personal attack to Anwar. tak profesional langsung saberi. terfikir...kenapa dia jd representative govt.....

Sedikit sebanyak Anwar dah bagi cadangan bagaimana nak ringankan beban rakyat ekoran kenaikan minyak global! Jadi mereka yg sokong Kerajaan BN skrg hantarlah memorandum utk mereka melaksanakanyaa.. tak menjadi masalah utk ditiru.. jgn malu jgn segan utk buat walaupon ianya idea drpd pemimpin PR! Idea-idea pemerintahan Kerajaan PAS Tok Guru Nik Aziz pon dah diciplak oleh Kerajaan BN!

Anwar tak kondem Petronas! Dia kejieessss jer cara pengurusan kerajaan pusat sekarang.. Jadi soalnya skrg bagaimana menguruskan khazanah negara kita dengan baik tanpa bocoran dah penyelewengan Rasuah pemimpin sekarang? Kita tukar jer kerajaan pusat skrg voley? Ada ker pemimpin BN dulu bagi cadangan nak bagi air free i? Non adooooooo.. naikan harga TOL sepanjang masa adolahhhhhhh

hehehehe..


Alah taktik biasa dalam debat..saya dulu pun pernah buat....Bila berdebat xde jawapan dan fakta maka strategi serangan peribadi akan dibuat.......

Secara keseluruhannya byk isu telah lari dr tajuk asal.... saya nampak menteri penerangan tu xde research sebelum nak berdebat dengan anwar.... sekadar cakap sebagai pengampu atau kaki bodek..... tiada iniseatif nak membantu rakyat....hanya melaksanakan serangan peribadi..

Berbeza ngan anwar ..;lebih kepada fakta yang relaistik....Anwar kata dia tidak memburukkan petronas tetapi menteri tu x paham bahasa... Anwar dapatkan duit tuh drpd wang petronas yg diberikan kepada kerajaan lah... dia tak cakap pon nak dapatkan 4 or 5 billion! Dia cakap 1 billion buat permulaan dah cukup utk bantu kesusahan Rakyat!
1 billion itupan daripada extra dividen, belom lagi drpd pecahan yg lain.. mmg cantek sblm sesi debat, berita tv ada siarkan fact & figure keuntungan petronas tahun nih, mak aihhh manyakknyaa...

yang paling bestnya si Nordin tu di minta utk bertanyakan soalan kepada Anwar... tapi seolah-olah dia memberi kenyataan dan menyerang anwar panjang lebar yang bukan berbentuk soalan... saya tunggu gak tanda soal di hujung cakapnya "?".... tapi tak jumpa....

lepas tu IPP pun tak tau dari mana dapat sumber tenaga? dia ingat kita menjana tenaga letrik dari Nuklear ke?

Sabri kata kalo tak kerana kerajaan BN Petronas tak berjaya mcm hari ini... hehehe..e..ee..statement mcm tak hingat yea...—untuk makluman bersama kerajaan mana yg bertanggungjawab dan berperancangan pun akan memajukan sumber asli ..kalo terdapat sumber itu..

syabab, tu la satu kelemahan sistem demokrasi malaysia. media yg berat sebelah dan saluran maklimat yang disekat. seelok2nya, cuba dapatkan maklumat dari kedua2 pihak. banyak lagi sebenarnye... terbeliak la mata Syabab nnt kalau baca Siasah, Harakah dsb... bukan nak suruh jgn baca utusan dan berita harian, baca semua, buat pertimbangan. kita orang malaysia ni bijak. tau mana betol, mana salah...

setuju dgn sabri,
kita tidak menafikan bahawa kerajaan selama ini mmg telah membangokan, memajukan, mengembangkan Petronas. sape kata tidak? buat ape die nak sebok cakap pasal tu? die patut cakap :

apakah sebab2 paling kukuh kerajaan naikkan harga minyak 78sen,

die patut buktikan bhw dgn kenaikan itu inflasi di malaysia masih rendah (which is not),

die patut nafikan setiap saranan dan cadangan anwar itu tidak akan memberikan kesan positif seperti yg dijangka,

die patut jawab soalan wakil anwar (editor akhbar Siasah) bgmana penjimatan 11bilion kali ini akan
digunakan,

wow! syabas.. pengakuan berani mati...

ni my opinion berkaitan dengan debat.. kenapa hal peribadi harus di ungkit.. kita bukan nak dengar soal tu.. kita nak dengar kenaikan harga minyak..

kerajaan blame pembangkang dgn kata propaganda ingin mengurangkan harga minyak sebelum pilihanraya kerana ingin memancing undi sedangkan pada masa tu kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.. last2 selepas pilihanraya.. harga minyak dinaikkan.. dgn alasan kenaikan harga minyak global..

anwar bukan hendak menurunkan harga minyak sebaliknya meminta kerajaan sekarang utk menimbangkan kesengsaraan rakyat.. org miskin lg bertambah miskin.. pengangguran akan bertambah malah sekarang ni pun ader pembuangan pekerja.. apakah itu yg kerajaan nak lihat?

kebimbangan akan berlakunya kejatuhan ekonomi yg teruk dgn peratusan yang dikatakan agak selamat oleh wakil kerajaan itu membuatkan saya terfikir.. apakah yg akan terjadi di masa hadapan? cuba lihat pertambahan elaun keraian sebanyak RM500.. ianya utk golongan yg mana? adakah golongan miskin dan bawahan? Di saat kerajaan tidak menaikkan elaun rumah, dan sebagainya.. seperti yg dijanjikan kepada quepecs.. erm? tak faham tul..

debat itu memang membuktikan keterbukaan kepimpinan pemerintah sedia ada namun apakah kita sedar bahawa selama ni wadah penerangan melalui media massa banyak menyekat ketelusan dan kebenaran berita itu sendiri.. apakah motifnya?

saya menulis ini kerana rasa tidak puas ati dan mahukan pembelaan sewajarnya kepada rakyat yang mulai resah ekoran harga minyak yg membebankan.. apakah rintihan rakyat itu hanya sekadar rintihan dan tidak di ambil peduli? Kerajaan seharusnya peka kepada nasib rakyat.. jgn hanya semasa pilihanraya sahaja.. baru mahu turun meninjau bg meraih undi..

Yang baik adalah utk kesenangan bersama rakyat namun yang buruk hanya untuk menambah penderitaan rakyat.. fikirlah sewajarnya.. semua pihak kena ambil peranan dlm hal ni..


oleh itu fikir-fikirkanlah....segalanya bergantung pada anda...itu pendapat saya....

Friday, July 11, 2008

Engkau Laksana Bulan

Ada yang memanggilnya bulan..dan ada yang memanggilnya purnama..ia sungguh unik...sesuatu yang indah...dikala malam dia menerangi bumi ini...dikala malam ia menjadie inspirasi kepada pasangan yang bercinta..adakala juga ia menjadi saksi kepada pasangan yg sedang dilamun asmara...hihihi..memang unik itulah namanya bulan...semalam kuperhtikan bulan ..tinggi atas langit...sungguh indah..itu tanda KekuasaanNya..adakala ia akan muncul separuh dan adakala ia akan muncul penuh..itulah bulan mengambang...hehehehe...oh yea..kadangkala bulan..akan menjadi saksi pada mereka yang beduka...dan yang paling menariknya..ia sering menjadi inspirasi pada pengubah lagu..seperti lagu dibawah ini..aku amat menyukai mndengar lagu ini..jika diamati bebetul..ia mempunyai seribu satu maksud yang tersirat...

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

O..o..o O..o..
Kau tinggalkan diriku

Oh! Tuhanku
Mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku di siksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

O..o..o O..o..
Kau tinggalkan diriku
(Kau cabutlah nyawaku)

Oh! Tuhanku
Mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh! Tuhanku
Mengapakah
Sangat buruk nasibku

Mengapa ku di siksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

itulah kisah engkau laksana bulan...hhehhe..bagie mereka yang ada kenangan mengenai lagu ini...marilah kita berkongsi bersama////

Tuesday, July 8, 2008

Sekadar renungan

Salam siang..salam tengahari untuk kekawan yang membaca blog ini..dah 2 hri rasanya tak menulis blog...baru hari nie ada kelapangan untuk menulisnya...hehe..arie nie aku nak berkongsi sesuatu..kisah kwn aku ini..lanjutan daripada post yang lepas..hehhhe..secara kesimpulannya boleh aku katakan dia mahu tapi malu gitew...aku berkata padanya..

Tuhan yang Maha kaya memberi kita ikan, tetapi kita harus mengail untuk mendapatkannya. Kita diberikan akal fikiran...oleh itu berusahalah jika kita ingin mendapatannya..Betul kata pepatah melayu...takkan datang rezeki itu bergolek...takkan datang cinta itu jika tidak diungkap..bak kata org dulu-dulu..takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan..pokok takkan bergoyang kalau takde angin mengoncang..hehehhehe.betul ker ungkapan aku ini..hehehhee..

Aku pun bercakap dengan dia lagie...
Jika kita ingin sesuatu kita perlu bertindak..kita perlu berusaha..tak perlu terus menunggu..kalau kita tunggu..sampai bila pun kita takkan tahu...hehehe..last2 nanti melepaslah pula...dan frust menonggenglah jawabnya...hehehehe

Aku menasihatinya lagi..
Mulailah sekarang...
Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

Beritahu aku padanya..
Perkawinan memang memiliki banyak kesusahan, tetapi kehidupan panjang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya. Menikahi wanita karena kecantikan sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya. Oleh itu selamilah hati wanita..baru tahu segalanya...hehehe(aku ckp ngan dia..pandai2lah ko selami hati wanita)

Begitu juga Pasangan, pasangan adalah 1 jiwa dalam 2 raga
Pasangan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilanganNya.

Seorang pasangan adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatiMu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Ingin ku katakan...

Last sekali pesan aku pada dia...dengarilah lagu kekasih gelapku...daripada ungu...heheehehheeh

****************************************************************************

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

******************************************************************************
Pesanan terakhir aku padanya:

Bertindaklah sekarang ..hubungilah dia..sebelum talian hayat habis..maksud aku sebelum Kredit telepon abis...

Hehehehehhe.sekadar renungan untuk pengajaran kepada kekawan yang lain dan mempunyai masalah seperti kawan saya ini...sekian terima kasih...