Saturday, May 31, 2008

Hidup Si Pemburu Cinta

Ingin dikongsi suatu cerita..kisah kehidupan sipencari cinta...
Memang sukar diduga kehidupan ini..adakala gembira dan ada kala berduka..kisah seorang pemuda di kota metropolitan..berjuang bermati-matian mencari cinta sejati...

Watak 1..
Si pemuda ku gelarkan sebagai Mr.Q.. Berusia dalam lingkungan 29 tahun..Berkulit hitam manis..memiliki ciri-ciri lelaki maskulin..mempunyai perwatakan yang menarik..kalau dipandang boleh dikata sebagai kategori lelaki ensem..mempunyai pendidikan yang tinggi..mempunyai karier yang boleh dikatakan berjayalah juga..Lembut tutur kata..mempunyai perwatakan lelaki masa kini..Mempunyai sifat-sifat positif...seorang yang peramah..
Itu serba sedikit latar belakang si pemburu cinta yang akan memegang watak utama dalam cerita ini..

Continue,,,,

Wednesday, May 28, 2008

Chit-Chat Projek Machang (2nd)

Salam untuk kali keduanya...
Chit-chat bahagian 2 projek machang..

Sperti yang dijanjikan..seperti yang diperkatakan..berikut merupakan apa yg diperkatakan sebelum ini:

inilah kekotoran..kedaifan..kerosakan ditempat tidur mereka


lebih dekat..lebih jelas..kehidupan mereka dits katil..



itulah lelubang kedaifan..lelubang kekuman dan kekotoran







disinilah tandas yang dipenuhi dengan bau yang tak terkata..





NAMUN SEGALANYA BERUBAH..HASIL KERJA BERSAMA..HASIL KATA SEPAKAT..SEGALANYA BERUBAH..


kini...selesa mereka berbaring..tersenyum riang diatas kekatil kehidupan..

aah..serononya dlm hati..melihat tempat yg kuning kembali cerah..



akhirnya..buku dipindah..buku disusun..segalanya matlamat tercapai sudah..segala hajat tertunai sudah..tersergam indah..sebuah library untukmu anak2 yatim


untukmu kawan...syukurilah apa yg ada..

Tuesday, May 27, 2008

Chit-Chat Projek Machang

Alhamdulilah..finally dapat juga aku gagahkan diri untuk menulis serba sedikit tentang trip ke rumah anak yatim di Machang walaupun aku terlampau busy sesangat...

************************************************************************************
Mungkin anda tidak percaya..dalam dunia sebegini moden diatas bumi bertuah di Malaysia ini ..ada juga kehidupan seperti ini...pertama kali aku lihat..terdetik perasaan sedih..adakah ini layanan yang mereka terima..adakah disini tempat mereka tidur dan berehat...adakah disini rumah kedua mereka...segalanya menjadie persoalan..kelu seketika lidah ini..termenung seketika penglihatan ini..mata melirik memerhati..memikir sejenak apa erti semuanya ini..

Itulah hakikat..Sukar untuk aku gambarkan...keadaan yang tidak terurus...katil berselerakan..tilam berlubang-lubang..sampah merata-rata..bau tahi kucing tidak terhidu..kelihatan anak kucing bermain mesra diatas katil mereka..bau hapak dan segalanya memenuhi ruang hidung..sarang lelabah memenuhi ruang siling..pinggan makan tidak berbasuh..bantal tidak bersarung..tilam berdebu..kotor tak terkata..almari tidak terurus..tiada pakaian bersih..mahupun pakaian kotor..lantai tidak bersapu..penuh pepasir dan juga habuk..sampah bertebaran...

ku langkahi kaki ini..beransur menuju ke tandas..tidak terhidu..tidak terlihat..keadaan bertambah teruk..bau yang teramat busuk..sukar untuk diterima hidung ini..mangkuk tandas kekuningan..seperti bertahun tidak bercucie..tempat mandi yang tidak terurus..batang paip patah..singki tersumbat..sampah memenuhi setiap ruang..

terkejut bukan kepalang..wujud persoalan dalam diri ini..adakah ini penginapan mereka..adakah ini rumah mereka..adakah disini mereka tidur..adakah disini mereka bermandi manda..adakah disini mereka belajar..adakah disini tempat mereka bermain...
**********************************************************************************

Itulah situasi ,,itulah keadaan..dari luar segalanya nampak sempurna..umpama sebuah rumah rehat yang terurus..tetapi pabila melangkah..segalanya pudar tidak seperti disangka..
Setiap dari kami fikir sejenak..terkejut melihat keadaan itu..perancangan awal ingin mengecat dan menyediakan perpustakaan untuk mereka..tetapie perancangan menjadie terbantut seketika..setiap orang memberi idea dan pandangan..tak sampai hati melihat mereka hidupt dalam keadaan itu..dikelilingi sampat..diselimuti habuk..dan sebagainya..maka kami mengambil keputusan untuk bergotong -royong..membuat pembersihan terhadap rumah tersebut..pembahagian tugas dibahagikan..ada diluar ..ada didalam..dan ada juga ditandas...

Segalanya berjalan lancar..setiap orang melaksanakan tanggungjawab masing-masing.....
Akhirnya..segalanya dapat disiapkan..
Diluar rumah..daripada dipenuhi semak samun..kini kembali bersih..dari dipenuhi dedaun kering..kini terlihat rerumput hijau..
Didalam ..dari keadaan berlintang pukang..kembali bersih..dari sebuah rumah umpama tidak berpenghuni..kini kembali ceria seperti asrama yang normal..
Di tandas..dari berbau..kembali mewangi..dari kekuningan..kembali cerah...
segalanya hasil kerja bersama.....

( Next post..perlihatkan photo)

Friday, May 16, 2008

Trip to Machang..

Hari nie..
Kami akan bertolak ke Machang...untuk menjayakan projek library..alhamdulilah..segalanya sudah diatur oleh bro'iskandar....dr kuala lumpur kami bertolak empat 4 orang ( Dr.Bubble..Ryzah..Muzdalifa..dan aku)....hehehhee..macam tak caya jerk nak gie kelantan arie nie...hahahahahaha...bertolak pun lewat petang...diharap segalanya berjalan lancar seperti yg dirancang...untukmu kekawan doakan kami selamat pergie dan selamat kembali...........

.................................................................................

Oh yea..terdetik dalam hatie ingin berkongsi sesuatu..pagie tadie sebelum pergi membeli buku..untuk kali terakhirnya utk projek library dengan iskandar...kami sempat meluangkan masa melawat adik Syazwan....sedih dalam hatie...terusik jiwa melihat keadaannya....lawatilah dr.bubble...( http://www.drbubbles.blogspot.com)

Untukmu syazawan,,
Sukar untuk ku rasai..penderitaan yang kau alami..
diusia sekecil itu..dugaan hidupmu sungguh berat sekali..
dari hari keharie...kau ratapi kesakitan...
kau berada dalam tangisan jiwamu,,,
dikala aku melawat dirimu..
hanya gerak jarimu..jadie penghubung...
kutahu...kurasa kau dihimpit kesakitan yang amat sangat...
tiada apa dapat kulakukan..hanya doa moga dirimu kembali sihat..
disisimu kulihat ibu mu gembira dalam tangisan..
pilu hatiku melihat akan keluargamu..
tiada apa yang bisa kuucap..
semoga keluargamu tabah dalam dugaan ini...

Tuesday, May 13, 2008

inilah hakikat cinta

Inilah hakikat cinta..

kehidupan cinta tak selamanya sentiasa berselimut manisnya madu,atau kejora bintang.bahkan kata kalanya cinta menimpakan sengsara dan nestapa itulah saat dimana cinta bertaburkan kesunyian yang dibuahkan perpisahan.

kerinduan,kenangan dan romantika menjadi bahagian yang tak pisahkan dari rinai-rinai kesunyian yang menyakitkan.tapi,janganlah berduka kerana cinta tak pernah berhasil menemukan wajah kebahagiaannya yang hakiki bila belum pernah ditikam oleh penderitaan yang bersumber dari kesunyian.

cinta dan kesunyian bersemayan dalam wujudnya kita laksana air laut pasang surut.dan cinta tak pernah sanggup mengukur kedalamannya sendiri jika belum ditikam oleh duri-duri sunyinya perpisahan.kasih sayang hati ibarat sebuah dahan pohon,bila pohon itu kehilangan salah satu dahanya,maka ia akan merasakan perderitaan,tetapi tidak akan mati.la mencurakkan vitaminnya untuk menumbuhkan dan mengisi tempat yang kosong."


Persahabatan ini..

Tidak akan basah di musim hujan...

Tidak akan kering di musim gugur....

Tidak akan beku di musim sejuk.....

Bahkan akan terus mekar...

walaupun bukan di musim bunga.....

-kau,aku dan obsesiku-

Wednesday, May 7, 2008

surat untuk MAK

kepada sekalian sahabat yang membaca surat ini..
Marilah sama2 kita hayati kasih sayang dan pengorbanan
seorang ibu kepada kita.....betapa kita bertuah bagi sesiapa yang masih memiliki ibu..dan kepada sesiapa yang sudah tiada ibu sama2
kita sedekahkan bacaan al-fatihah kepadanya....

telefon lah ibu anda selepas membaca surat ini...
*************************************************************************************

SURAT UNTUMU IBU

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir dua tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak sudah berubah..tidak seperti biasa..
asyik termenung menyepi diri.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

Pastu mak marah-marah cucu mak....
tidak seperti selalu..mak membelai mereka. ..
pastu mak meminta macam2 untuk makan..
seperti pizza..daging..dan sebagainya.....
padahal hakikatnya mak tak pernah dan makan benda tersebut sebelum ini..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
masa tue mak mintak untuk tinggal dikampung.....
mak kata sudah sihat padahal hakikatnya mak tak sihat.....
mak dah dalam kesakitan.
kerana mak...kami hantar mak kekampung..
Bergilir kami bercuti menjaga mak...
paling best aku bercutie selama seminggu untuk menjaga mak
seronok tinggal bersama mak..semua kubuat untuknya..
masak untuknya..basuh untuk nya..dan
kuingat lagie..ketika itu..mak mintak aku masak untuknya
kumasak apa yg hendak dimakan..kusuap mak..
ku sikat rambutnya..kubedak mukanya..
setiap malam ku tidur bersebelahhannya..
ku ingat lagi..kdangkala aku dikejut oleh rintihannya
mungkin itulah yg pernah dilakukannya terhadap ku dulu..menjga setiap malam
itulah penderitaan mak yang dapat kurasakan.....

Mak.....
selama seminggu ..aku menemankan mak..kini aku terpaksa kembali bertugas..
sedih rasanya nak tinggalkan mak...
kini giliran akakku mengantikan tempat ku dikampung..
sayu sedih perasaan ini..
sabn hari aku telepon kekampung..bertanya kepada kakakku keadaan mak..
akak kata..keadaan mak makin teruk..aku bercadang ingin pulang kekampung hujung minggu..
Arie khamis..aku dapat panggilan dari kampung..
masa tue aku ada meeting..tak sempat nak angkat call
aku call balik..tetiba kedengaran suara org menangis..
akakku meminta aku pulang kekampung segera...
mak dalam keadaan tenat...
bergengup jantungku..
ku pulang kekampung bersama abang ku..kakak iparku dan adik ku
dalam perjalanan
aku dapat panggilan lagie..tapie kali nie bukan panggilan biasa
panggilan beserta air mata..apa mak dah tiada...terkejut bukan kepalang
tetiba mataku berlinang dgn air
sedih bukan kepalang
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
rumah sudah dipenuhi jiran tetangga..sanak saudara..
masuklah aku dgn linangan air mata..melihat sekujur tubuh ditutup kain batik...
bertambah laju linangan air mata..tiada apa dpt kuucapkan..
sorang demi sorang..menepuk bahuku...menegur tingkh lakuku...
aku rasa sungguh sayu...
dengan linangan air mata..kubaca yssin dalam kesyahduan..
malam tue...aku tertidu disebelah ibu lagie..sehingga dikejutkan oleh abangku..
kami bergilir membaca yassin sehingga kesubuh...

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
akak dan menantu mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya mereka mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter tak boleh mandikan...kerana kiter lelaki.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik ....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
semua anak mak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh kerja dan rase naik kapal terbang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Hari Ibu...

Tak lama lagie..hari ibu akan menjelma lagie..kali ini genaplah hampir 2 tahun ibuku tiada..kalau selama ini..bisa aku menghadiahkan sesuatu untuknya...ingat lagie pada saat terakhir aku menghadiahkannya sebuah beg tangan utknya..itulah kali terakhir aku berbuat demikian..
Kini segalanya dalam kenangan..tiada apa yg dpt kuucapkan.tiada sapa yg dapat dengar rintihan ku lagie..kerana mu sudah tiada disisi..
...saban pagie kuputar radio...topik hangat yg biasa akan kedengaran mengenai ucapan harie ibu/...mendengar gelagat para pendengar yg mempunyai ibu..membuatkan aku terasa hatie..membuatkan aku bersedih hatie ..dan membuatkan aku teringat padanya...tapie apakah daya..itulah takdirnya..itulah hakikatnya..
padamu teman..dikala ini..andai ibumu ada didunia..hargainyalah..sayangilah..kerana pabila ia sudah tiada...tiada apa yg dapat kalian lakukan lagie...


APAPUN SELAMAT HARIE IBU UNTUK MEREKA YANG BERGELAR IBU