Wednesday, November 26, 2008

Mungkin Begini La Diri Kita Sebenarnya

Sebentar tadie..aku termengelamun sebentar..teringat cerita kawan aku tentang hidup untuk bersyukur...ingin dikongsi bersama kekawan diluar sana..andai baik jadikan iktibar...

Minggu lepas kata kawan ku dia sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 . Pelakon utamanya dia tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang dia ingat sangat dan ingin dikongsi, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini kwn saya tak tahu sebab dia tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.Ingin dikongsi bersama, Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau gemuk atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ? itu kebiasaan yg berlaku dalam masyarakat kita..

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan betul tak...petikan kata2 my frends? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, saya dapat peluang bekerja sebagai eksekutif di sebuah sykt tempatan. Gaji yang ditawarkan taklah byk...cukup untuk keperluan saya yg masa tue tidak punya harta lagie..hihihih.masa tue saya mula berfikir.Kalau dpt gaji RM2500 kan best...

Kemudian saya dapat tawaran kerja dengan sebuah sykt lain. Betul2 saya dapat RM2500. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta . Tapi bila dapat banyak tu, memang tak cukup juga...makin ligat saya shopping . Kesimpulannya tak cukup juga! ( itu setahun yang lalu, dikala tgh excited dapat duit gaji..hihihih)

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!

Kini semuanya sudah berlalu...saya pun sudah tidak bekerja disitu lagi..sudah upgrade sikit suasana kerja..

Kini baru saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Ingin dikongsi bersama
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, kawan-kawan yang lain pun mcm tue juga, semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak kawan2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.


Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......"

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.

Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR

dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.



Sekadar pandangan ikhlas dari seorang sahabat yang tidak sempurna semuanya...

Monday, November 24, 2008

Fitrah Azali

Gurindam...........
Suatu Fitrah Azali

Cahaya malap suatu pagi
Membawa bersama ketenangan abadi
Bunga tersenyum berbisik hati
Pesan takdir dari Azali?

Dari kejauhan terdengar bunyi
Sempurna sekali ciptaan Ilahi
Bunga tersenyum sekali lagi
Ada apa hari ini?

Namun hairan silih berganti
Biasa diri tak pernah begini
Lumrah Kumbang bukankah mencari
Bagai tak pernah aku diseri.

Tampang itu bukan tak lazim
Tiada Kumbang datang bermusim
Bunga juga bukan yang alim
Namun Tuhan tiadalah zalim.

Bunga tahu siapa dirinya
Sekadar penghuni hutan belantara
Disunting Kumbang harus berbangga
Dirinya menang dek Bunga Kota.

Kumbang bahagia bila berjaya
Lupa ketika tiada sempurna
Bunga hanya memandang sahaja
Bila naif menambat hatinya.

Jauh terbenam di kamar jiwa
Kumbang menyimpan satu rahsia
Namun demi kerana cinta
Korban derita untuk Bunganya.

Bebaslah Kumbang meniti fitrah
Pahit getir harus kau pasrah
Menongkah arus bukanlah mudah
Namun semuanya di tangan Allah

Wednesday, November 19, 2008

mungkin



Mungkin aku tak mengerti dirimu
Mungkin aku dalam khayalan diriku
Mungkin jua aku insan yang tidak punya jiwa setulus dirimu

Aku insan biasa
tak punya harta dan rupa
mungkin engkau tidak mengerti
apa itu ketulusan hati
mungkin jua engkau enggan fahami
apa itu kejujuran jiwa
mungkin juga engkau alpa
tentang keikhlasan bercinta

aku tahu
jiwamu bukan jiwaku
aku jua mengerti
dirimu bukan milikku
aku juga pasti ketahui
segalanya mungkin bagimu

Monday, November 17, 2008

Bagai...



\


bagai kan dipelayaran
ku hanyut kegelapan..
tak siapa..
mendampingi..
untuk mengiringi..

puasku mencari ganti
kekasih yg dah pergi
tapi sayang..
ku terluka
di buru bayang mu....

Ku gelisah menanti jawapan..
Resah dalam emosi jiwa
Ku cuba cipta ceria
Namun
Ku pasrah dengan ketentuanNya

Kini aku tetap begini
Bergelumbangan dengan kesepian jiwa
Gersang duka menanti
Yang ku tak pasti sampai bila
---------------------------------------- ------

bagai enau dlm belukar melepas kan pucok masing2

bagai aur dengan tebing
bagai isi dgn kuku
bagai punggok merindukan rembulan
bagai bulan dipagar bintang..
bagai bunga kembang tak jadi

dan berbagai bagai lagi bagai..

Friday, November 14, 2008

Aku dlm blues 1

Hari ini hari jumaat...dikala hujan turun membasahi bumi..seketika aku termenung...terlaan blues dihati ini...di kala ini terimbau aku padanya.....


Andai engkau mengerti perasaan di hati ini pasti
engkau menyedari betapa hatiku merinduimu
bukan mudahnya aku untuk melafazkan cinta
sekali ku melafazkan sampai bila pun ku menyintamu
rindu memaksaku menyayangimu tak daya ku menahan
segala perasaan aku yang makin gelora setelah engkau
menyedari,
sambutlah cintaku
sepi mengajar aku tentang perlunya cinta
walau pedih walau perit terpaksa aku menghadapi
tiada apa yang aku pinta sekadar kesetiaan
selagi rinduku masih dihati cintaku terus bersemi..
........................................ .........
pernahkah selama ini ku berhenti mencintaimu?
pernahkah kau mendengar ku tak ucap sayang padamu?
di setiap getar jantung ku selalu sebutkan namamu?
cintamu telah membuat hatiku terukir jelas dirimu
engkaulah jiwaku,engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
hanyalah dirimu yg membuat segalanya indah
bilakah yg kurasa semua itu akan abadi?
kan kulakukan segalanya agar ku dapat cintamu
ku sayang dirim, ku jaga hatimu
di sini tempatmu di sisiku, tetap ku terjaga
dalam tidurku memikirkanmu
........................................ .
tika begini mencari-cari sebuah cinta hilang
saat begini ternanti-nanti bayangmu sayang...
bertanya-tanya pada sang bunga
mengapa layu jua,bertanya-tanya dihujung rindu
kau pun berlalu
ku ulangi pertemuan
walau hanya mendakap sisa cinta bersama rindu yang
terdampar
saat ini aku sendiri menangisi,pemergianmu kekasih
dan cuba memujuk rindu yang pedih tercalar di sudut
ingatanku
airmataku kau renang bahagia
tika begini aku sendiri
kau menyepikan diri saat begini
kau padu janji kasih yang baru kumasih sendiri...
ku harap cintamu kembali

Wednesday, November 12, 2008

Sorang-sorang

Aku yang sorang... .
Makan Sorang2..
Minum pun, sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang... .

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang... .

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang...

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang. ..
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang... heheheheheheh


Qurbanie

Salam KEKAWAN..DIKESEMPATAN INI..INGIN SAYA MEMBUAT SEDIKIT PROMOSI ..KEMPEN UNTUK KEBAJIKAN...

***************************************************************************
Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk,bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak disuatu tempat disisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannmya.”
(HR. Ahmad, At Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Bersempena dengan kehadiran bulan Zulhijjah, bulan pelaksanaan ibadah qurban. Pihak Islamic Relief Malaysia sekali lagi ingin mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk melaksanakan ibadah qurban di 26 buah negara termasuk Malaysia, Palestin, Kosovo, Iraq, Sudan, Somalia, Bosnia, Afganistan, Pakistan, Lebanon dan sebagainya.

Sinarilah Eidul Adha anda dengan menyertai ibadah qurban ini. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi islamic relief malaysia www.irm.org.my atau menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.

Sesungguhnya..tumbuhnya amal kebajikan yang subur tumbuh bermula dari benih Qurban yang ikhlas..





"BERKORBANLAH KEARAH KEBAJIKAN"

Monday, November 10, 2008

Hujan



Tuhan..
Dalam kerinduan dan kesepian ini
dalam kerisauan dan kemurungan ini
aku sering alpa tentang tanggungjawabku


Tuhan…
Walau kemana pun aku berlari
Walau kemana aku pergi
Walau aku terbang tinggi
Namun aku tetap begini
Mengharapkan ehsanMU Ilahi
Dalam mengejar cinta ini
Yang sarat dengan rindu dihati

Salam..

Salam buat kekawan..lama tak menyinggah di blog ini kerana kesibukkan tahap gaban telah membuatkan saya gagal untuk menembusi blog ini untuk menulis...
Rasanya hampir 2 bulan juga saya tak menulis..dalam kesibukan memenuhi tuntutan pekerjaan dan byk hal yang tak dapat dielakkan..

SINARNYA SEMALAM SUDAH KELAM DIKALA INI
MENCARI CAHAYA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA
MUNGKIN INI YANG PERLU DILALUI
MENYUSURI KEHIDUPAN DALAM CAHAYA SAMAR
MUNGKIN INI TAKDIRKU
MELANGKAH LONGLAI DI TANAH GERSANG