Friday, June 27, 2008

Adakah anda orang yang Mencintai

Orang Yang Mencintai

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Malam’, ‘Slmt Tidur’, ‘Take Care’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan ‘Aku Cinta Padamu’, tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..

Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.

jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan dila ujian itu akan berlangsung. Dan saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘Good Luck’ untuk beri semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

orang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.

Jika satu masa kamu terpaksa berpindah atau pergi ke tempat yang lain, dia akan sentiasa mengingatkan kamu untuk berwaspada dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap kamu.

Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia memikirkan kamu.

Otang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan perkara-perkara yang kamu pening kepala. Nemun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarkan sesuatu, dia akan begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu itu.

Jika kamu melihat H/Pnya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu telah kirimkannya beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Kerana baginya setiap pemberianmu adalah berharga walaupun SMS.

Jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menghindarimu dan akan menghilang dari kehidupan kamu walaupun perkara itu membunuh hatinya.

Jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walau hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Fikir2 fikirlah...mungkin apa yang dikata betul..mungkin ia suatu kenyataan...mungkin ia suatu impian...jadie segalanya bergantung kepada anda...

Tuesday, June 24, 2008

Aku di kala maghrib ini

Aku dikala magrib ini...

Today kelewatan pulang kerumah...duduk termenung teringat kisah silam..jejari tangkas..menaip kekata..lahir dari sanubari jiwa...dikala ini aku terimbau kembali kenangan masa lampau.....bukannya apa sekadar..kesukaan..sekadar luahan..untuk jiwa lara di kala itewww....


Mengapa... mendung hitam tak berlalu
Memayungkan aku
Kemana pergi garisan pelangi
Yang dulu sering dijadikan saksi
Terlindung sudah tak kelihatan lagi
Mengapa... aku tewas kemudikan
Bahtera kehidupan
Sungguh terasa semenjak kau pergi
Sungguh terharu sikap dan caramu
Hanyalah kerna khabar keburukanku
Kau ketepikan aku


Aku bisa mengalahkan kerinduan yang mendatang
Cuma aku kegagalan melupakan kisah silam
Ingat lagi janjimu dulu
Amat teguh tugu kasihmu
Tetap sehati biar apapun yang terjadi
Hingga hilang pedih lama
Kukira akan selamanya
Kau berubah jua kerna hasutan dia
Aku tetap menafikan
Sememangnya ku tak curang
Mudah benar kau termakan
Khabar buta tanpa periksa
Dan sudahnya... kau mengakhirinya
Terpaksalah aku
Berundur KALAH pada kehendakmu...

Untukmu teman..untukmu kawan..kadangkala kita bermadah..kadangkala kita bersuara..untuk suatu kenangan yang lalu...untuk tatapan..untuk suatu luahan...

Monday, June 23, 2008

Kawan Baik...

Seketika aku duduk termenung..teringat kembali ..apa yg diperkatakan oleh kawan baik aku...dulu aku pernah berbicara bersamanya..apa itu kawan baik...
kawan baik aku kata...seperti berikut;

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan

kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan kan ...???betul ker..percaya ker...apapun kawan tetap kawan.,,baik jahat belakang cerita..hahahahahaha

Friday, June 20, 2008

Perlu Ker

**Smlm ada yg bertanya..kenapa perlu diletkkan mawar putih...untukmu kalian..setiap apa yg kita lakukan..setiap apa yg dituliskan ada seribu satu makna..kadangkala perlu diungkapkan.kadangkala tak perlu diungkapkan apa maksud disebaliknya..kadangkala tak perlu memberitahu kebenaran untuk suatu keadilan..kadangkala apa yg diberitau tidak seperti apa yang dimaksudkan...fikirkanlah..apapun..untukmu teman..kugagahi juga...bukan satu bukan dua tpie semua bunga kusenaraikan apakah pendefinisian yang tersurat..hahahahha

Assalamu'alaikum wbt.

Buat tatapan saudara saudari sekalian. Perkongsian wadah ilmiah lebih elok berbanding berlokek ilmiah. Segalanya kulakukan ikhlas lillahi Robbil 'Alamin. Moga artikel yg dikirim ada khairnya buat semua. InsyaAllah.

Bismillah..
Bunga lambang 1000 makna. Namun, paling ketara, bunga tanda luahan hati dan perasaan seseorang. Jika tidak, ungkapan Say It With Flower, (Luahan dgn bunga) tidak mungkin menjadi terkenal dan menjadi sebutan.

Keistimewaan lain pada bunga ialah bau harumannya. Wangi bunga didapati, cepat dapat mengubah mood dan perasaan seseorang. Ia diakui oleh Dr. Charles J Wysocki drp Monell Chemical Sense Centre, Philadelphia. Perubahan psikologi lain yang dapat diukur termasuklah tekanan darah, degup jantung, dan suhu badan. Semua itu saling berkaitan dgn perubahan mood dan emosi.

Misalnya, sari bunga Dandelion, berguna untuk bertindak balas pada tubuh supaya berasa relaks dan menyegarkan emosi lesu. Sementara sari Chamomile pula dapat meringankan dan melegakan tekanan emosional kerana kebingungan, gugup, dan sensitif. ia juga dapat menolong mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur (insomnia).

Baby breath - cinta berkekalan
Bird of paradise (bunga sepit ketam) - kecemerlangan
Bunga raya - seni kecantikanCamelia - selamat berjaya dan hadiah utk lelaki
Chamomile - kesabaran
Daisi - kemurnian
Freesia - percaya
Melur - pikat kekayaan
Kaktus - kecekalan
Keladi bunting (hyacinth) biru - keteguhan
Keladi bunting kuning - cemburu
Keladi bunting ungu - maafkan saya
Keladi bunting putih - saya mendoakan kamu
Kaca piring - cinta rahsia
Lili putih - keperawanan, kemurnian, dan kemuliaan
Lili kuning - rasa senang dan syukur
Mawar merah - cinta, penghargaan, dan keberanian
Mawar kuning - kegembiraan, kebahagiaan, dan kebebasan.
Mawar merah jambu/ kuning kemerah-merahan - ucapan terima kasih,syukur, penghargaan, kekaguman, atau simpati.
Mawar putih - kesucian hati, kerahsiaan, dan penghormatan.
Marigold - dekat di hati
Magnolia - kasih sayang semula jadi
Orkid - matang
Rumput - bersatu
Teluki (carnation) merah jambu - saya tidak akan lupakan anda
Teluki ungu - PerubahanTeluki merah - hatiku tertarik padamu
Teluki putih - cinta sejati
Violet biru - saya akan selalu jujur padamu
Violet putih - jom bergembira.

amacam puas ker dengan pendefinisian ini...

sekian..terima kasih

Thursday, June 19, 2008

AKU...

SEKUNTUM MAWAR PUTIH...INSPIRASI SEJUTA HATI LARA





Aku

Di Sebalik Senyuman Ini,
Tersembunyi 1001 Misteri,
Suka Duka Ku Hadapinya Sendiri,
Tanpa keluarga,
Tanpa Sahabat,
Dan Tanpa Kekasih Hati,

Hidupku Ini Terasa Amat Sunyi,
Ingin Mencari Kekasih Hati,
Untuk Mengubat Luka Di Hati,

Tetapi....
Aku Belum Bersedia Lagi,
Untuk meneruskan Kehidupan Ini,
Dengan Kekasih Yang Di Sayangi,
Aku Takut...
Kenangan Lama Berulang Kembali,

Sehingga Kini...
Diari Dan Sebatang Pen Peneman Diri,
Untuk Meluahkan Rasa Di Hati,

Aku Hanya berdoa kehadirat Ilahi,
Supaya Diri Ini Tidak Sunyi Lagi,
Untuk Meneruskan Kehidupan Ini,
Yang Tidak Tahu Kesudahannya Nanti


TERIMA KASIH UNTUK MU KAWAN

Sunday, June 15, 2008

HaRI bAPA..warkah untuk abah

Semalam merupakan hari Bapa kepada mereka yg bergelar bapa...dan hari gembira untuk mereka yang masih mempunyai bapa kerana berpeluang menyambut hari tersebut...
Bagiku tiada yang lebih bermakna yang dapat kuucapkan..hanya sekeping kertas tertulis warkah untukmu abah...

Abah,
Kumulakan warkah ini dengan selawat dan salam atas penghulu dunia dan akhirat, Nabi Muhammad S.A.W. semoga Baginda memandu dan menyuluh jalan hidup ini dengan sebaik-baiknya…

Abah…
Telah 29 tahun daku hidup didunia ini tanpamu disisiku..Kumasih ingat lagi kisah manis suka duka kita bersama..
Ayah... Sejak diriku dilahirkan oleh mak, daku ditatang bagai minyak yang penuh.
Aku diberikan nama yang unik...Ingat lagi aku pada gurauan mu yang menyatakan kehendakmu inginkan anak perempuan..tetapi yang lahir adalah diriku..namun kau tetap redha dengan ketentuan illahi..aku tetap disayangi dan dijagai dengan penuh manja..demi cita-citamu inginkan anak perempuan...kau berikan aku nama seperti nama perempuan..namun aku tetap berbangga..kini nama itu masih lagi kugalas..walaupun pelbagai pandangan dan sindiran yang kuterima...aku pasrah dengan ketentuan itu..
Abah
ku ingat lagi.. Meskipun kadangkala kemahuanku tidak dipenuhi atas sebab-sebab tertentu, namun daku merasakan, daku adalah anak yang dimanjakan sebagai anak lelaki diantara anak-anakmu yang lain... Meskipun daku tidak pernah mahu digelar anak yang manja, atau yang terlalu bergantung kepada ibu bapa, namun, atas tarbiah yang agak memanjakan itu, hatiku agak lembut dan kadangkala tidak berapa kuat untuk menghadapi dunia.

Ketahuilah abah, daku seringkali teringat beberapa peristiwa yang abah tunjukkan kepadaku, bagaimana suatu ketika daku menyeberangi jalan, tanpa sedar kereta meluru laju kepadaku, silapku kerana melepaskan tangan mak, untuk pergi kepadamu tanpa menoleh kiri dan kanan. Akhirnya pelempang yang hinggap di belakang. Daku menangis dalam diam, sambil mendengar leteran mak, akhirnya daku ketahui, abah amat sayangkan daku. Terima kasih abah!
Abah, pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah kau telah memahamkanku betapa pentingnya nilai Islam dalam diri dan nilai Islam yang abah mahu terapkan dalam famili. Setiap hari abah seringkali mengingatkan kami tentang solat 5 waktu...
Namun segala kenangan manis aku bersamamu tidak tahan lama..
Ku ingat lagie ..masih segar dalam ingatanku...
Sehari sebelum kau pergi meninggalkan kami..
Abah pulang kerumah setelah seminggu bekerja diluar...
Perlakuan abah amat berbeza sekali...dari seorang yang sihat..badan abah telah susut..dari seorang yang ceria abah bertukar menjadie seorang yang suka termenung..
Ku ingat lagie..ketika itu...
Abah meminta emak untuk membuat air buah belimbing..ayah meminta abangku mencari air tebu..
Segalanya berjaya penuhi..

Pada 13 jUlai 1990...abah telah pergi meninggalkan aku dan keluarga..
Kematian abah amat meninggaln kesan yg mdlm apatah lg meninggaln mak yg keseorgn. Anak2 semua masih kecil lagie..aku pada itu ketika berusia 11 tahun. Mak masa tue tengah sarat mengandungkan adik yang bongsu...tinggal lagi empat bulan untuk melahirkan adik yang bongsu.. Hidup ini seolah xda erti....hanya bergantung harap pada abang yang sulung yang ketika itu baru sahaja memulakan alam pekerjaan dan seorang kakak yang telah bekerja..manakala abang yang lain semua masih bersekolah....
Aku ingat lagie..ketika itu..aku dan mak tgh menunggu teksi dihadapan umah..tiba2 datang 2 orang anggota polis memaklumlkan abah dah meninggal dihospital...ketika itu abangku yang ke-3 berada dihospital menjaga abah..yang dimasukkan mlm sebelumnya...
Apa lagi..tangisan.raungan kesedihan telah menyelimuti ahli keluargaku...

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali x tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar... semuanya pertama kali. & pertama kali juga xkan jumpa abah lg.
Aku memandin abah......memasangn kain ihram sbg kain kapan. Ketika dtutup muka abah, aku mcium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....& bangun....tetiba hati aku ingin terus mcium lg...aku mbongkokn kaki & mcium dahinya semula.Ciuman ini adlh ciuman terakhir. Semasa kecil aku sll cium abah. Ttp a/bila dh besar sudah lama x mcium pipinya. Ya Allah..Tuhan sgl alam...
Aku & abg mengangkat jenazahnya......dan mengiringinya ketanah perkuburan
Hati ini sayu mengenangn pemergian abah yg tcinta.

Ku lihat mak mengalirkan air mata sayu....pengihatannya kosong......stlh lama hidup bsama abah......kini tinggal seorg bersama anak-anak.

Selaku seorg anak.....aku tahu bgmn kasih seorg abah. Abah seorg pendiam......sbr.. & alim.....& pelbagai amanah kebajin dlakunnya. Aku selama ini aku x pernah meluahn kasih kpd abah scr terus terang. Mmg syg abah... cuma... dgn abah saya hormat & memendam kasih sy.....Lainnya pula dgn emak...yg sentiasa bterus terang....seringkali tidur d peha.

Selang seminggu kematian abah..kukemas pakaian abah..kukemas beg kerja abah..dan aku temui diary abah..aku membuka dan membacanya..mengalir air mata mebacanya...ada sahaja cerita yang ditulis mengenai kami adik beradik...abah seorang yang cermat..setiap perbelanjaan harian pasti akan dicatat dalam diary nya..

Abah mmg suka tulis. Kalau fail @ dokumen psl kereta, rumah, bil,kedai dll mmg semua tsusun.. Aku tjumpa buku nota kuliah subuh abah yg tbaru.....cttn takhir yg abah tulis "hati org biman sentiasa ingat kubur" abah garisn pkataan ingat kubur.... & kami bsyukur bhw abah semmgnya tlh bsiap sedia utk meninggal. & menyerahn kpd Allah utk melepasn seksaan d kubur & api neraka. Abah mmg suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bwk bjln...... Kini semuanya tiada.

Ya ALLAH....aku x tahu bgmn kehidupan utk dteruskn .pada ketika itu.. tanpa Abah ketika itu.......namun kau tetap bersyukur kerana aku masih lagie mempunyai seorang mak yang tabah.....
Mak telah meneruskan kehidupan menjaga kami..mendidik kami dengan penuh ketabahan...nasib kami cukup baik..pabila abah tidak meninggalkan kami tanpa sebarang bekalan..alhamdulilah berkat usaha kerja abah selama ini bersama
(Lembaga Letrik Negara)..ibu telah dapat pencen..sekurang-kurangnya beban ibu tergalas jua..ibu tidak bekerja..hanya menjaga kami dirumah..
masih segar dalam ingatanku
Tok Imam ada ckp kat kami...."kubur ayah dkorek...pastu dtanam...tanahnya masih penuh kat tepi....tlebih tandanya seorg yg pemurah....sdgn ada sesetgh kubur dkorek pastu dtimbus semula masih x cukup tanah." "abah kamu wjhnya senyumnyer w/ pun dh meninggal" "Abah kamu waktu dmandin dh bersih...x der kotor najis pun xder"...perkara itulah menyedapn hati kami....utk jd spt abah....

Ya Allah. Sesungguhnya kematian ini mberi hidayah pd aku ....

Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Zauji Bin Surip...ketahuilah kamu bhw mati itu bnr, kiamat itu bnr, Allah itu bnr" & kita yg hidup akan pergi jg....Lelaki berat t/jwbnya.... suami menanggung dosa isteri & anak2.....i/Allah selaku anak2 kami tlh dbekaln ilmu agama. Cuma aku kini tlh lupa utk beramal sejak mula bekerja stlh tlupa dgn nikmat Allah..mak jg seorg yg solehah....sy yakin Allah Maha Pengampun & Maha Bijaksana dlm menentun Al -Mizan..

Entahlah..kini mak pun sudah menyusul mengikut abah kedunia itu...tinggallah kami adik beradik meneruskan kehidupan ..semoga kami dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh keharmonian...

Inilah perasaan aku skrg. Buat korang yg masih ada....jadin iktibar.....cium pipi ayah sblm ciuman takhir. & curahn kasih syg tanpa selindung. Tunjukn.


Al-Fatihah....


Doakan daku ya Abah, tulus kepada Allah, agar daku menjadi anak soleh yang kalian harap-harapkan. Ameen…

Ingatan dari jauh,
anakmu..

Thursday, June 12, 2008

Tazkirah Sempena Hari Jumaat

Untukmu teman...untukmu kawan...kadangkala kita perlu juga pengisian untuk jiwa...













Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku. ..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ...
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Biarka n E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Amin....







Wednesday, June 11, 2008

Chit-Chat- Musim Mengawan











Sepatutnya topik ini dikeluarkan pada 3 minggu yg lepas..tetapie kerana kesibukkan tahap gaban dan demi menghormati isu semasa MINYAK OH MINYAK terpaksalah ditunda sehingga arie ini....

Hehehhe...sorie yea kekwan ..topik yang dikeluarkan pada kali ini amat seperti terlampau ..hahahha..musim mengawan dalam bahasa melayunya adalah musim majlis perkahwinan..biasalah bila tiba cutie sekolah jerk...berduyun2 kat jemputan sampai kerumah membuat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan...kadangkala meluat lah juga..kenapa byk sangat org kahwin dalam cutie sekolah nie...apapun kekadang rasa seronok juga melihat kekawan yg bersanding diatas pelamin.dan memang terasalah juga dalam usia sebegini aku juga masih tak naik atas pelamin...heheheh(jgn terasa bagie mereka yg masih single-mingle mcm aku yea)..tetapi kita kena berfikiran secara positif..mungkin belum ada jodoh...tapie kerap juga aku dengar ada org kata jodoh itu ada kaitan dgn keturunan juga

Tetapi bagi aku Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. betul tak kekawan..hehehhe

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..


Oleh itu renungkan..fikirkanlah..ingatlah..walaupun kita masih single namun kita masih lagie ada peluang untuk mencarie pasangan...setiap benda yg dijadikan berpasangan...mungkin belum sampai masanya....bykkanlah berdoa yea kekawan....

Tuesday, June 10, 2008

Minyak Oh Minyak

Hiks.. salamzz uolss adik2 abang2...
ari ni i nak cite tentang harga minyak yg melonjak naik hingga RM2.70/Litre
Apa pendapat korang?? wajarkah harga minyak di naikkan?? Mampukah rakyat malaysia ni nak menghadapi krisis kenaikan harga minyak ni?? ermm bagi yg bergaji besar pun x bleh nak cukup.. ini kan pula bagi mereka2 yang bergaji kecil... camner laa nak survive kan...x lama lagi tarif elektrik nak naik..tambang bas pun nak naik... harga barang pun bakal naik...

kalau korang ade pendapat/bantahan yg bleh di kongsi....sgt2 la di alukan.. bukan untuk mengeruhkan suasana..tapi sekadar meluahkan kekecewaan di hati....

What the hack is wrong with this government?? Do they really care about the feeling of the people? Yet our PM still said, our petrol prices are still the cheapest as compared to other countries in the region, the increase of petrol prices are due to the global petrol price hike. But Malaysia is the net oil producer !!!! The country's GDP should go up when the global oil prices go up. Anyway, please join the group and perform a so call FB protest for this matter...... ask your friends to join too....
hahah

Memang tak disangka tindakan drstik ini telah membuatkan pelbagai pihak mengelabah...kalau dah minyak naik..benda lain pun akan naik...sayur..ikan...ayam...dan macam-macam lagilah dan yang paling best orang pun akan naik juga...bukannya naik apa tapie naik angin,,,yalor sebab semua benda dah naik...betul tak kekawan.....

hehehehhee..renung-renungkanlah yeaa

Wednesday, June 4, 2008

Kisah Si Pemburu Cinta..

HARAP MAAF..ATAS MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN SEMASA..KISAH INI TERPAKSA DITUNDA PENAYANGANNNYA..INI DALAH KERANA MEMBERI PENGHORMATAN KEATAS ISU SEMASA YANG BYK BERLAKU SEJAK AKHIR-AKHIR INI...IKUTILAH LAPORAN KISAH SEMASA YG AKAN DIBERIKN DARI MASA KESEMASA......