Sunday, August 31, 2008

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...

salam ramadhan...

Untuk kekawan...harie inie merupakan hari pertama kita menjejakkan kaki di bulan ramadhan al-mubarak..dan hari ini merupakan hari pertama kita tidak dapat makan disiang harie...hihihih...so harie ini jugalah kita akan memulakan ibadah untuk menahan diri dari lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan kemungkaran dan kesilapan...so kawallah segala-galanya terutama sekali dari aspek perbualan...hiihi

ucapan sempena bulan ramadhan menjelma...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak ..bersama kita mencari keredhaan Illahi..insyaAllah kurangkanlah juadah..tingkatkan ibadah..

************************************************************************
Assalammualaikum..

Jika harta adalah racun, ZAKAT adalah penawar, Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah ubatnya,jika seluruh bulan adalah NODA,maka RAMAHDAN adalah pemutihnya..Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

***********************************************************************

Salam,,


Anak bulan terbit tinggi, tandanya ramadhan datang lagi, bersujud kita kehadrat illahi, silap dan salah harap dimaafi.Moga ibadah sentiasa diberkati...
salam ramadhan.

*********************************************************************

Hadirnya bagai menanti kekasih..
Pastinya pasti akan dirindui..
Moga kehadirannya tidak dipersiakan..
Perginya pula akan ditangisi..
selamat menyambut bulan ramadhan.

*******************************************************************

Selalunya setting niat..UPGRADE iman..DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa, UPDATE doa, TOP-UP ilmu, agar dapatlah REDEEM pahala banyak-banyak..
selamat menyambut kehadiran ramadhan..


****************************************************************

A SIMPLE GIFT OF `ASSALAMMUALAKUM` WRAPPED WITH ` SINCERITY`TIED WITH `CARE` & SEALED WITH `DOA` TO KEEP YOUR FAMILY SAFE & `SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN`

***************************************************************


Friday, August 29, 2008

salam ramadhan




Mata kadang salah melihat....
Lisan kadang terlepas kata....

Janji kadang terabai....
Hati kadang berprasangka.....

kata kadang terlepas
cakap kadang terumpat

Sikap kadang menyakitkan
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


JIKA HATI SEJERNIH AIR
JGN BIARKAN IA KERUH
JIKA HATI SEPUTIH AWAN
JANGAN BIARKAN IA MENDUNG

JIKA HATI SEPUTIH AWAN
HIASILAH IA DENGAN IMAN




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

MOHON SEGALA KEMAAFAN..ATAS SEGALA KESILAPAN

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, August 27, 2008

MUSIM ORANG BERSUMPAH..

MUSIM ORG BERSUMPAH

Terkesima seketika memandang buletin sejak akhir-akhir ini…kebanyakan isu yang diperkatakan byk menjurus kepada isu semasa mengenai sumpah…Bagi ku apakah rasionalnya sumpah masyarakat sekarang…..asyik mempermainkan sumpah…lebih dasyhat dgn al quran lagie..

Teringat aku pada zaman kanak2 dahulu..ketika bermain ngan kekwan..bila berlaku pergaduhan kecil pasti ada saja yang akan bersumpah…adakah zaman kanak-kanak tesebut akan kembali lagie..padahal yang byk bersumpah dewasa kini adalah orang yang sudah besar…dan boleh dikatakan orang tue lagi..dan siap boleh dipolitikkan lagie aktiviti sumpah tersebut….

Persoalannya cukup mudah..adakah kerana msia sudah ketandusan isu semasa..ataupun msia kehabisan cerita sejagat yang harus diperjuangkan lagie…perlukah sumpah dikhalayak ramai bagi membeli kepercayaan masyarakat yang semakin terhakis dinihari ini…

Senario semasa…kerap kali terdengar …ada pihak masuk dlm masjid atau surau pegang al quran untuk bersumpah...bila sesuatu kesalahan yg tak cukup bukti………tidak cukup dengan itu siap ada rakaman live lagie…dan ada pula pihak cabar mencabar suruh sumpah bagi memastikan ia tidak melakukan sesuatu perbuatan itu….apa ke hal nya dgn masyakat kita terutama orang islam..apabila menjadikan sumpah itu sebagai suatu permainan….Bagi aku ini merupakan suatu scenario yang tidak sihat….adakah mereka melakukannya kerana glamerrrr…atau pun kerana ada agenda lain..segalanya bergantung pada individu tersebut…


Senario semasa…
Mungkin ramai dah tahu pabila ada seorang jejaka berani mengangkat sumpah di dalam masjid…diikuti oleh seorang menteri…dan yang terbaru … ada cabaran dari org2 parti tertentu meminta menteri besar perak supaya mengangkat sumpah lahanat....aku pun tak faham...apa la dok main2 ngan sumpah tu....tidak tahu kah mereka kesan sumpah itu pada masa hadapan..mengapa perlu taksub pada sumpah ngan al quran...bagi mereka....klu sumpah dgn al quran tu kira betul dah...tak perlu dipertikaikan lagi...

Kalau begitula metaliti masyarakat sekarang..hancusslah malaysia ..kerana semuanya main sumpah saja..
Habis tue....
polis takde kerjalah pula...yealah...kalau nak tangkap..pesalah terus bersumpah..
mahkamah tutup...kerna takde kes yang akan diperdebatkan....
pnjara kosong...kerana semua pesalah dah mengaku dan angkat sumpah...
huu..huu..
Kelakar kan....
Itulah sedikit sebanyak kesan sumpa apabila ia digunakan untuk membuktikan yang dirinya tak bersalah... ianya menjadi seakan mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri...

apapun segalanya bergantung pada individu...setiap orang berhak memberi pendapat memasing..so fikir-fikirkanlah sendiri....apapun jangan terlampau ghairah bermain ngan sumpah....kelak ia akan memakan diri sendiri....

Pendapat dari hati nuranie ku....

Friday, August 22, 2008

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU




hAHAHA..selamat berhujung minggu untuk kekawn sekalian...bagiku..hujung minggu seperti rutin harie biasaku...tetap kena bangun awal...ada tugas perlu dilaksanakan...itulah kehidupan aku sejak kebelakangan ini....hari sabtu aku bertugas di tapak pameran MAHA...membuat promosi untuk kerja-kerja kebajikan sempena bulan ramadhan al-mubarak...dan hari ahad pula ada program pengagihan pek makanan kepada fakir miskin .....hihihi...

Apapun yang penting kita enjoy dan gembira dengan apa yang dilakukan...seronok aku walaupun bertugas dihujung minggu...hihihi

Untuk kekawan semua...selamat bercutie...selamat bangun lambat hihi..hihi..

.....................................................................................

Tuesday, August 19, 2008

PERCINTAAN SI ROBOT (WALL E)

Salam utk kekawan sekalian.. lama juga tak menulis blog..hihihih..yalor busy sikit lately nie..oh yea..walaupun busy tahap gaban..namun aku sempat juga menerima pelawaan kawan aku utk menonton movie..semalam aku menonton movie WALL-E …HIHIHI..so mcm biasa..kalau dah menonton pasti ada komen dan juga pandangan…utk kekawan yg tak menonton..sila lah lihat synopsis ringkas aku dan juga pendapat aku..





Secara ringkasnya dapatlah aku membuat Sinopsis..
Movie ini mengisahkan tentang kehidupan WALL-E ..WALL-E adalah satu-satunya robot terakhir di atas muka bumi yang telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan planet bumi dari segala sampah . Ia dihantar oleh Buy n Large (BNL) untuk membersih , sementara menanti kepulangan manusia yang sedang hidup mewah di atas kapal angkasa di angkasa lepas..Bagaimanapun selepas 700 tahun berada disitu, dia mula menunjukkan personalitinya dan merasai dirinya keseorangan dan kesepian dengan hanya ditemani seekor lipas bernama Hal.Rutin hidupnya adalah....membersih...menonton video...dan mengumpul benda-benda pelik yang dijumpai..Aku rasa dalam 30 minit lebih jugalah kena lihat aktiviti harian wall-e...memang menyeronokkkan...hihi..hidup keseorangan..tapie bagie mereka yg tak suka pasti akan rasa keboringan...yealah hanya pergerakkan robot..


Yang best partnya..boleh dikatakan setiap harie ..wall e akan melayan tayangan lague pasangan kekasih..untuk melayan jiwa yang kosong..hahahahah.so secara tidak langsung telah membuatkannya memasang angan2 utk mempunyai kekasih...walaupun hakikatnya..dia tinggal seorang diri di situ...
Impiannya hanya satu, iaitu untuk menjelajah alam semester dan mempunyai seorang pasangan kekasih..

Then suatu hari, satu robot kecik (EVE) dihantar ke bumi untuk mencari kesan hidupan (tumbuhan) di Bumi. Eve ditugaskan untuk menentukan samada persekitaran Bumi sudah sesuai untuk didiami oleh manusia atau tidak.
Kehadiran Eve yang dihantar Buy n Large untuk memantau muka bumi untuk sementara waktu, mewujudkan perasaan jatuh hati buat WALL-E kepada robot berbentuk bujur telur itu.

Bermulalah detik percintaan robot dan slot jiwang karat wall-e....Wall-e mempunyai misi utama untuk memegang tangan Eva...hihihi..class gitew...
Pertemuan antara Wall-E dan Eve sangat membuai perasaan sehinggakan Wall-E sanggup berpaut pada kapal angkasa yang membawa Eve kembali ke kapal induk Axiom bertemu kapten untuk menunjukkan penemuannya.

Pada era itu, semua manusia telah menjadi gemuk dan hanya bergantung kepada pod automatik masing-masing. Di atas kapal angkasa pelbagai perkara terjadi terhadap mereka. Robot bertindak melawan manusia. Di akhir cerita manusia berjaya kembali ke Bumi dan membina koloni yang baru. Wall-E dan Eve hidup bahagia…
Komen aku…


• Citer nie memang best…walaupun watak robot namun ia mempunyai seribu pendefinisian ( melihat kepada kisah percintaan robot..perlu kepada pengorbanan dan keihlasan dalam percintaan dan akhirnya menemui kebahagiaan)..
• 80% jalan cerita ni memang tak der dialog! Impresif tak? Kita kena layan expressi dan gerak robot-robot tu untuk paham apa yang dia nak ceritakan. hehe....
• Ada unsur-unsur lawak....dan unsur-unsur nilai persahabatan..dan ada tema alam sekitar..hihihihih
• Apapun citer nie memang best and enjoy giler...untuk mereka yang sedang untuk bercinta tue..boleh tgk bagaimana keihlasan wall e dalam memikat hati eva...


Ringkasnyer, Wall-E ni memang best! aku suker watak Wall-E & EVE.dan aku suka sangat dengan lagunya-- La Vie En Rose...(Louis Armstron) memang romantik...hihihi

Wall-E selalu panggil EVE sebagai "EVA!"
EVE pulak panggil Wall-E sebagai "Wally!"

Sebab memang tu jer pun dialog robot-robot tu sumer.. hehe..,,..tapie jgn terkejut selepas ini..ramailah pasangan bercinta akan memanggil pasangan memasing seperti wata wall e dan eva…




DAPAT JUGA PEGANG TANGAN EVA

Memang bessttt...

Thursday, August 14, 2008

Berdialog Secara Puitis

Untuk kekawan..pernahkah anda berdialog,berbual dan bercakap dengan kata madah berpuitis...dengan kata klasik..dengan ayat-ayat yang membawa seribu makna....
Berikut merupakan dialog antara aku dgn seseorang....

Dia berkata:

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran...
Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci..
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula
kekuatan Berlandaskan keimanan...


aku menjawab dengan penuh keikhlasan:

andai kecundang dalam perjalanan
teruskan jua untuk suatu destinasi
usah dinanti pada tangisan jiwa
usah di beri sebuah harapan
usah dipeduli akan onak dan duri kehidupan
teruskan perjalanan
teruskan kehidupan dengan sejuta impian.

Dia berkata lagie:

Duka derita duka laraku di dunia,
Tidaklah aku sesali, meski deritanya aku tangisi
Sesakit apapun yang kurasakan dalam hidupku,
Semoga tak membuatku…kehilangan Jernih jiwaku…
Andaikan dunia mengusir aku dari buminya,
Takkan aku merintih jugak tak akan aku mengemis
Ketidakadilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya…
Asalkan kerana itu, tuhan menjadi sayang padaku
Segalanya kehendakkan menjadi penawar bagi cintaku…
Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah, tuhanku yang ku takuti
Ada atau tiadaku, semata-mata milikNya jua…

Aku menjawab


ditanah gersang hati ini berkelana
membawa jiwa duka nan lara
mungkin ini takdir illahi
ku pasrah padamu
namun aku tidak perlu meratapie kedukaan ini
kuteruskan kehidupan berpandukan kitabmu
ku pegang ajaranMU
ku redha dengan segalanya
namun aku tetap aku
insan kerdil dibumi bertuah
sering alpa dgn nikmatmu
hidup tak keruan
mungkin ini dosa lampau
aku insaf dgn telunjukMu
Ya Tuhan berilah Aku kekuatan untuk suatu dugaan
berilah aku kebahagiaan untuk satu perjalanan yang direstui--


katanya sekali lagie:

Kasihku dalam hidupku
Tak kulupa kewujudanMu
Sebagai hamba yang hina
Kaulah segalanya
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa kudus
Ku sering mengaku
Kesalahan dan dosa
Yang aku lakukan
Pencipta kaulah berkuasa
Atur wajah perjalananku
Biar duka dan hidup merana
Aku hanya berserah
Tanpamu aku hilang
Hidup di dalam awang-awangan
Tuhanku dalam doa
Kusering pohon padamu
Ketenangan dan kemenangan
Dunia dan akhirat


Aku memberi pendapat:

tapie itu hakikat insan duniawi
selalu alpa pada nikmat kurniaanNya
damba akan kebahagian
tanpa kesyukuran padaNya
Itulah hakikat nurani
jiwa rentap mengungkai pasrah
apapun kembali padaNya
itu Hakikat Selamanya
untukmu yang bergelar insan

.kuharap ini perbualan penuh ilmiah dan pengajaran..semoga kekusutan terurai..segala pendefinisian bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri...bagaimana dengan kekawan sekalian..apa yang difahami...apa pendapat kalian..hihihihih

Wednesday, August 13, 2008

Susuk- filem ala-ala seram diabad ini..

Sejak awal penayangan iklan cerita ini, aku teringin bebenor ingin menyaksikan cerita ini..dari awal lagie aku berhajat utk menyaksikan cerita susuk dipawagam...
aku yakin ada sesuatu kelainan dalam cerita seram dalam susuk....dengan penampilan artis senior seperti ida nerina & sofia jane telah menariik perhatian aku..

Semalam...aku berpeluang menonton cerita ini...finally tercapai hasrat dijiwa utk menontonnya..aku bersama budak opis pergi menonton di pavilion..tayangan pkl 930..
Mnejejakan kaki ke panggung..kulihat tak lah ramai yg menonton cerita ini..padahal baru seminggu tayangan..takkan tak best kot..jiwa kecil aku berkata...takpe tgk dulu baru buat penilaian...

Tayangan Bermula....secara peribadi aku boleh simpulkan...

Dalam citer inie memang memenuhi kriteria sebagai cerita seram dimana ada memaparkan unsur-unsur seram iaitu--hantu-bomoh-mayat..ada elemen suspend..ada babak 18sx- tapie takla mengiurkan sangat bagie aku (merujuk watak aleeza kassim dlm kolam renang), kelakar (adalah sikit), panik-ngeri , nak muntah, suspend.


Secara mudahnya ramuan (kriteria diatas) tersebut Telah digaul dan di campur dengan segala rempah ratus untuk menjdi sebuah filem ala-ala seram berjudul SUSUK..HIHIHIIH

Untuk pengenalan kepada mereka yg tak dapat menonton lagie citer nie...ia berkaitan tentang seorang wanita bernama Soraya (watak diana rafar)yang resah dengan rutin kehidupannya. Bercita-cita menjadie penyanyi atau bintang ternama.Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu...untuk menjadi seorang diva dalam industri hiburan..

Cerita ini memerlukan penelitian..mempunyai plot cerita yg berbeza dimana ia bermula dari Z, kemudian pergi ke A-D. Itu yang aku paham lah. So, nasihat pertama, sila jangan kelip mata anda lebih dari 5 saat. kerana setiap babak amat bernilai supaya anda tidak tertipu dan tak paham cerita…okays!!

Bagi akulah..citer nie taklah berapa seram sangat..ia gagal memberikan kesan trauma ketakutan dalam jiwa penonton...byk sangat yang suspend dan surprise..Pendedhan yang dilakukan terhadap penggunaan susuk gagal diuraikan dengan kemas...apa yang dapat dilihat..cara susuk digunakan...tuepun ala-ala moden seperti sudah diubahsuai mengikut genre masa kini.(kekurangan unsur tradisional menyebabkan keasliannya tiada\) haha, kalau sapa2 yang tak pernah melihat camna la orang masukkan susuk nih, so dalam filem ni korang boleh la tengok, walaupun aku rasakan babaknya tak lah begitu spesifik mungkin dah dipotong2 oleh lembaga penapisan filem, tapi masih boleh difahami!!

Bagi aku yang kureng menarik adalah permulaan cerita yg penuh dgn persoalan,aku juga rasa filem ini antara yang sikit je pelakon nya, tak ada guna orang ramai sngat. babak konsert pun tak tunjuk orang datang lompat-lompat sana sini. save bajetlah agaknya. tapi tak seronoklah, tak ada feel utk satu-satu babak yang sepatutnya bekehendakkan ada orang ramai.

Bagi aku pelakon utama..watak soraya seperti gagal menjiwai watak (ala-ala minah blur gitew) nasib baik diselamatkan oleh lakonan yang mantap ida nerina dan adlin aman ramli..begitu juga watak sofea jane dan aleeza kassim... kedua-dua mereka berjaya membawa watak masing-masing, tapi pelakon sampingan agak kaku. so tak support sangat pelakon utama, agak statik dan bosan kalau babak melibatkan pelakon utama dan sampingan.
susuk! subjek yang diutarakan, tapi aku rasakan erm, hanya jenis-jenis susuk sahaja yang diketengahkan, tentang pantang larang pun agak tak diketengahkan. ianya banyak menceritakan konflik suraya yang tgh bengong memikirkan tentang susuk. disebalik itu bercerita pula tentang watak ida nerina yang terperangkap dengan pantang larang susuk dan keluarga.

Aku suka lagu tema dia...memang bersesuaian dengan suara ida nerina walaupun hakikat nya azura yang nyanyi...sungguh unik dan berbeza sekali suara azura...

Di akhir cerita, sesiapa yang dah buat spekulasi awal akan terperangkap! ending cerita mungkin tidak seperti yang diharapkan kerana berat dengan unsur-unsur misteri, dan diakhir cerita jugalah korang akan dapat jawapan kepada mister-misteri di awal cerita, so korang keluar dari panggung ke car park pon masih dok pikiaq pasal cerita tu yang berputar belit. so sapa2 yg tak puas hati tuh, boleh tgk utk kali kedua…hahahahaah

apapun tahniah kepada pengarah Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan penulis skrip Rajesh Nair…!!!kerana menghasilkan cerita susuk yang kurang susuknya..hihihih...










ini ikhlas komen dari penonton susuk...

Tuesday, August 12, 2008

Pantun-Kawan

ini kisah suatu penglipurlara..
Kisah seorang kawan.sekadar suka-suka mengisi masa yang ada...

pantun kawan cari kawan
pantun berlawan dapat tawan
hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.

hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.
Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen...hahahahaha

Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen
Ada jer kata lawan
silap hari kena habuan

Masuk hutan disengat tebuan
Sakit terasa seluruh badan
Banyaklah bersabar kerenah teman
Soal hati banyak dugaan.

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati

suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati
ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.

ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.
hubungan sahabat tentunya lama
selagi ikhlas didalam hati.

jangan disimpan dalam peti
tapi simpan atas para
jujur dan ikhlas dalam hati
barulah persahabatan kekal selamanya

aduh!! sakitnyer gigi ,
sebab makn cklet cabry,
rase sronok kat hati,
coz,,,kekawan baik dan hapy…


bersama2 kita bersahabat
mengharungi ombak dan badai
untuk kekal bersama
di teratak yang bikin gempak……..

teknologi canggih pembawa cerita,
hasil dari merentas sempadan,
kalau mencari cerita cinta,
teratak ini sedia menemukan,

beli halwa di pekan rabu
halwa rasa manis begitu
berkawan biarlah beribu
berkasih biarlah hanya satu

kalau berkawan biar beribu,
kalau berkasih hanyalah satu;
yang mana satu pilihan kalbu,
nanti tak dilayan rasalah malu,

he..he..segan ler…

pergi ke kedai membeli kelambu,
dibuat tidur di malam hari,
kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,

kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,
tapi jangan le buat begitu
takut nanti ada yg benci

Tanam pisang tepi rumah
Tempat bertenduh kete Kancil
Berkawan mudah bercinta susah
Maklumlah manusia ni macam2 style.

pergi bertapa kat gua mulu,
rehat jap minum kopi,
kalu nak bercinta jgnlah malu,
luahkan lah rase di hati,

anak hang jebat tak pakai baju,
nyorok malu belakang almari,
sampai mase kiter bertemu,
mungkin ade yg menawan di hati,

pagi2 kutip cendawan,
malam2 tanam bunga,
diteratak nie kita berkawan,
bila bertemu mesti gumbira…

sambil berpantun kita bergembira
untuk hilangkan luka lara
sambil mencari kawan bersama
untuk dijadikan teman setia


Sunday, August 10, 2008

Kisah Kasih Sayang

oh yea..harie nie aku nak berkongsi suatu cerita yg aku pasti dapat jadie pengajaran..situasi ini berlaku ketika aku berada di tingkatan 4 di sebuah sekolah di selatan tanah air....pada usia aku ketika itu aku aktif bertanya kepada guru yang mengajar...ketika itu guru tersebut sedang mengajar Bahasa Malaysia ..DAN topik pada hari itu berkisar mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara aku dan guru tersebut berbunyi begini :

Aku : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Aku : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Aku : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila aku kembali balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tanganku. Maka cikgu pun bertanya kepada aku.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Aku : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Oleh itu..hargailah mereka yang disayangi...

Thursday, August 7, 2008

im like a bird

i’m like a bird
who was born with a pair of wings
don’t teach me how to fly
‘cos when i flap my wings
i’ll soar up high in the sky
above the clouds n over the rainbow
flyin' without a destination

i’m like a bird
who drops by at shady trees to rest
searchin' for a perfect spot
to build a nest that i can call my home
but everytime i start to build
it seems to be carried away by the wind
so i have to keep flyin' n continue my journey

i’m like a bird
who neither likes to be kept in a cage
nor clutched in someone’s hands
the more u chase after me
the further n higher i will fly away
but if u sit still patiently
someday i will eventually come to u!

Tuesday, August 5, 2008

Hujung Minggu Yang Bermakna

Salam kemasyarakatan utk masyarakat Msia..Setelah lama menyepi diri akhirnya aku berkesempatan juga pada hari ini untuk menjengah seketika didalam blog ini..bukannya niat menyepi diri..bukannya kerna hati tak sihat..dan juga bukannya kerna sesuatu..aku menyepi kerna kesibukkan aku terhadap pekerjaan yang aku cintai...hihihi..jgn marah...Semalam baru habis satu program..now ok sikit lah nak bercerita..

Sekadar renungan..walaupun sesibuk mana kita dalam pekerjaan..kadangkala kita perlu juga mencuri sedikit masa untuk bersama kekawan dan juga keluarga…kita perlukan ruang juga untuk berseronok dan menikmati kehidupan ini..itulah yang dikatakan kehidupan normal…baru seimbang kehidupan ini…

Oh yea..sesuatu yg ingin dikongsi bersama...hujung minggu lepas..tanggal 2 Ogos 2008 bersamaan ari sabtu...aku berkesempatan untuk pulang kekampung...tapie bukan kampung aku...kampung kawan aku..che iskandar nama dia...hehehehe...balik Jerantut....
Seramai 6 orang budak opis yang mengikuti percutian hujung minggu ini..perjalanan dimulakan selepas rakaman rancangan SPM di RTM….lebih kurang pkl 11 kami bertolak dari Kuala Lumpur..

Seronok bukan kepalang..dua biji kereta dari kuala Lumpur..Vios and Myvi jadi sasaran untuk kembali ke kampung che Isk…hihi..so sangat selesa..3 orang satu kereta…tape yg menjadi mangsanya adalah aku and che isk kerana menjadi pemandu yang berhemah…

Sepanjang perjalanan..kami di temani dengan keseronokan untuk bercerita…dalam kereta aku berseronok cik sally dan cik lily bercerita…di tambah lagi dengan bahan perasa oleh aku sendiri…topic perbualan banyak berkisar kepada isu semasa dalam dunia glamour IRM dan juga kisah peribadi insan mithali…hihihihih

Dan dengar2 ..kereta myvi pula ..di selimuti dengan kisah kehebatan dunia pemakanan...oleh kerana kesemua mereka orang Pahang..dan mereka yang gemar kepada makanan..maka mereka lebih gemar mengutarakan isu mengenai makanan masyarakat pahang terdahulu...dan juga makanan tradisi..( tak heranlah aku kesemua mereka mempunyai saiz yang luar biasa…hihihih..jgn marah)…

Setelah sejam lebih bergerak..perut rasa kelaparan yang tidak terhingga…seperti biasa keta myvi mendahului kami semua.. dilihat membelokkan diri masuk ker temerloh…kami pun ikut mereka…ingatkan hendak membeli barang..tetapi rupanya berhenti rehat untuk makan…Tempat makan..disyorkan oleh amir..(sedap katanya)...kami melangkah masuk...sebuah kedai makan cina..pakar dalam penyediaan nasi ayam...hihi..kami makan...dengan penuh kelazatan..habis bersih...
**komen aku- nasik ayam yang enak...sunggguh berbeza dgn nasi ayam di kuala lumpur..masih lagie mengekalkan citarasa tradisi..ayam yg banyak..sup yang lazat..tapie sayang..sambal dia takde rasa..tapie pedas.)

Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke jerantut..lebih kurang sejam selepas itu ..kami sampai dijerantut...sebelum kerumah che isk..kami singgah sebentar kepasar untuk membeli barang keperluan untuk buat barbeque...hihihhiih..

Alhamdulilah...akhirnya kami selamat sampai ke rumah che isk..berehat seketika...dan pada sebelah petang ..lebih kurang pkl 5...kami pergi dusun che.isk...wah..suka semacam bebudak nie...dpt masuk ke dusun durian..sasaran pertama...kami menyergah pokok manggis...enak sekali rasanya..manis yang teramat sangat...lepas itu..kami beralih arah ke pokok dokong..hahahahah..aku tak panjat..si amir jadi mangsa utk memanjat..mata berubah menjadi ganas...pokok rambutan pula jadie mangsa...rambutan gading berwarna kunig..kami kerjakan...














Selepas itu.acara mencari buah durian diadakan...kami berjalan sambil membongkok..mencari buah durian yg telah gugur....seronok rasanya..menikmati kehidupan didusun ini..tapie yang tak bestnya..kena gigit kerengga dan nyamuk..normal lah tue kan bila masuk hutan...tapie yg tak tahannya si lily dan sally...ala-ala ratu malaysi gitew masuk dusun..hihihihihhi

Waduh memang lazat buah-buahan tempatan ini...rasa yang berbeza kerana kesegaran yang sukar untuk diperolehi di ibu kota..memang rugi tak terkata kepada mereka yang tak pergi...terima kasih buat che isk dan keluarga kerana ajakan ayam sebelum ini telah menjadie kenyatan....

Acara malam menjadie tumpuan utama...upacara barbeque...seperti biasa.. kambing menjadi pilihan utama, disamping ayam dan juga ikan air tawar.......oh yea lupa nak cakap..sebelah mlm datang lagie 2 org kawan kami kesitue...so bertambah meriah lah...
Part paling happening adalah msa nak idupkan bara utk membakar..susah betul nak idupkan apie....hihihi..nasib baik ada pakar yg datang..so akhirnya..idup juga...
Lebih kurang pukul 10 baru kami menikmati makanan barbeque....

Pakar Barbeque malaysia



Itulah kemeriahan yang aku rasai semasa bercutie di jerantut...keseronokan yang sukar utk dilupakan dan tidak dapat dibeli dimana2..terima kasih buat che isk dan keluarga..kerana memberi kami suatu pengalaman yang berbeza..itulah rezeki jika kita berbuat baik dgn orang...hihihih..apapun tahun depan jangan lupakan kami lagie yea...

(saksikan gambar lain yg lebih menarik di next post)