Wednesday, August 13, 2008

Susuk- filem ala-ala seram diabad ini..

Sejak awal penayangan iklan cerita ini, aku teringin bebenor ingin menyaksikan cerita ini..dari awal lagie aku berhajat utk menyaksikan cerita susuk dipawagam...
aku yakin ada sesuatu kelainan dalam cerita seram dalam susuk....dengan penampilan artis senior seperti ida nerina & sofia jane telah menariik perhatian aku..

Semalam...aku berpeluang menonton cerita ini...finally tercapai hasrat dijiwa utk menontonnya..aku bersama budak opis pergi menonton di pavilion..tayangan pkl 930..
Mnejejakan kaki ke panggung..kulihat tak lah ramai yg menonton cerita ini..padahal baru seminggu tayangan..takkan tak best kot..jiwa kecil aku berkata...takpe tgk dulu baru buat penilaian...

Tayangan Bermula....secara peribadi aku boleh simpulkan...

Dalam citer inie memang memenuhi kriteria sebagai cerita seram dimana ada memaparkan unsur-unsur seram iaitu--hantu-bomoh-mayat..ada elemen suspend..ada babak 18sx- tapie takla mengiurkan sangat bagie aku (merujuk watak aleeza kassim dlm kolam renang), kelakar (adalah sikit), panik-ngeri , nak muntah, suspend.


Secara mudahnya ramuan (kriteria diatas) tersebut Telah digaul dan di campur dengan segala rempah ratus untuk menjdi sebuah filem ala-ala seram berjudul SUSUK..HIHIHIIH

Untuk pengenalan kepada mereka yg tak dapat menonton lagie citer nie...ia berkaitan tentang seorang wanita bernama Soraya (watak diana rafar)yang resah dengan rutin kehidupannya. Bercita-cita menjadie penyanyi atau bintang ternama.Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu...untuk menjadi seorang diva dalam industri hiburan..

Cerita ini memerlukan penelitian..mempunyai plot cerita yg berbeza dimana ia bermula dari Z, kemudian pergi ke A-D. Itu yang aku paham lah. So, nasihat pertama, sila jangan kelip mata anda lebih dari 5 saat. kerana setiap babak amat bernilai supaya anda tidak tertipu dan tak paham cerita…okays!!

Bagi akulah..citer nie taklah berapa seram sangat..ia gagal memberikan kesan trauma ketakutan dalam jiwa penonton...byk sangat yang suspend dan surprise..Pendedhan yang dilakukan terhadap penggunaan susuk gagal diuraikan dengan kemas...apa yang dapat dilihat..cara susuk digunakan...tuepun ala-ala moden seperti sudah diubahsuai mengikut genre masa kini.(kekurangan unsur tradisional menyebabkan keasliannya tiada\) haha, kalau sapa2 yang tak pernah melihat camna la orang masukkan susuk nih, so dalam filem ni korang boleh la tengok, walaupun aku rasakan babaknya tak lah begitu spesifik mungkin dah dipotong2 oleh lembaga penapisan filem, tapi masih boleh difahami!!

Bagi aku yang kureng menarik adalah permulaan cerita yg penuh dgn persoalan,aku juga rasa filem ini antara yang sikit je pelakon nya, tak ada guna orang ramai sngat. babak konsert pun tak tunjuk orang datang lompat-lompat sana sini. save bajetlah agaknya. tapi tak seronoklah, tak ada feel utk satu-satu babak yang sepatutnya bekehendakkan ada orang ramai.

Bagi aku pelakon utama..watak soraya seperti gagal menjiwai watak (ala-ala minah blur gitew) nasib baik diselamatkan oleh lakonan yang mantap ida nerina dan adlin aman ramli..begitu juga watak sofea jane dan aleeza kassim... kedua-dua mereka berjaya membawa watak masing-masing, tapi pelakon sampingan agak kaku. so tak support sangat pelakon utama, agak statik dan bosan kalau babak melibatkan pelakon utama dan sampingan.
susuk! subjek yang diutarakan, tapi aku rasakan erm, hanya jenis-jenis susuk sahaja yang diketengahkan, tentang pantang larang pun agak tak diketengahkan. ianya banyak menceritakan konflik suraya yang tgh bengong memikirkan tentang susuk. disebalik itu bercerita pula tentang watak ida nerina yang terperangkap dengan pantang larang susuk dan keluarga.

Aku suka lagu tema dia...memang bersesuaian dengan suara ida nerina walaupun hakikat nya azura yang nyanyi...sungguh unik dan berbeza sekali suara azura...

Di akhir cerita, sesiapa yang dah buat spekulasi awal akan terperangkap! ending cerita mungkin tidak seperti yang diharapkan kerana berat dengan unsur-unsur misteri, dan diakhir cerita jugalah korang akan dapat jawapan kepada mister-misteri di awal cerita, so korang keluar dari panggung ke car park pon masih dok pikiaq pasal cerita tu yang berputar belit. so sapa2 yg tak puas hati tuh, boleh tgk utk kali kedua…hahahahaah

apapun tahniah kepada pengarah Amir Muhammad dan Naeim Ghalili dan penulis skrip Rajesh Nair…!!!kerana menghasilkan cerita susuk yang kurang susuknya..hihihih...










ini ikhlas komen dari penonton susuk...

6 comments:

Amir Muhammad said...

Terima kasey untuk komen ikhlas anda :-)

Diva moden, kenala guna susuk cara moden ;-)

Caieja said...

tgk susuk tak ajak...

Alih2 ada comment Amir...

Wahhh...

Aku sgt tensi...

Takpe... Ade ubi ada bas...

'No fren u...' bak kata anak kak rina...

Anonymous said...

Amir - tq visit my blog..and your keterbukaan dlm menerima komen i berkaitan susuk.

caieja- jgn tensi2 bahaya..tak elok anak dara tensi2 ..nanti hilang manis dan serinya..
utk u lagi
pecah kaca pecah cermin
sudah baca harap komen

hahahaha

Mother of Two said...

ulasan lengkap kau.... kalau camnie beli dvd ajerla kan...
yg ori tau bukan yg cetak rampokk...:)

lagi movie apa yer yg nak kena beli nie....??

Nour said...

kak syiela..beli byk2 tau dvd melayu..pastu bwk blk sni bley pinjam..hahaha

Anonymous said...

tau tk pe tajuk lagu yg ida nerina nyanyi kt studio tu????