Gurindam...........
Suatu Fitrah Azali
Cahaya malap suatu pagi
Membawa bersama ketenangan abadi
Bunga tersenyum berbisik hati
Pesan takdir dari Azali?
Dari kejauhan terdengar bunyi
Sempurna sekali ciptaan Ilahi
Bunga tersenyum sekali lagi
Ada apa hari ini?
Namun hairan silih berganti
Biasa diri tak pernah begini
Lumrah Kumbang bukankah mencari
Bagai tak pernah aku diseri.
Tampang itu bukan tak lazim
Tiada Kumbang datang bermusim
Bunga juga bukan yang alim
Namun Tuhan tiadalah zalim.
Bunga tahu siapa dirinya
Sekadar penghuni hutan belantara
Disunting Kumbang harus berbangga
Dirinya menang dek Bunga Kota.
Kumbang bahagia bila berjaya
Lupa ketika tiada sempurna
Bunga hanya memandang sahaja
Bila naif menambat hatinya.
Jauh terbenam di kamar jiwa
Kumbang menyimpan satu rahsia
Namun demi kerana cinta
Korban derita untuk Bunganya.
Bebaslah Kumbang meniti fitrah
Pahit getir harus kau pasrah
Menongkah arus bukanlah mudah
Namun semuanya di tangan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
emmm...mentang2 la dah lama tak jumpa korang, updates pun dah banyak missed..
err.. ada cerita baru ke? ;)
hihihih..ada citer baru..jom lepak..lama tak jumpa la nie...yealah org tue busy nak buat presentation kan...hihihihhi
farouq..anda telah ditag..sile jwb ye..hehe
hehe...yealah tuee...opps..kalau dah tag..tak boleh tinggl ok...hihihih
Post a Comment