Sunday, June 15, 2008

HaRI bAPA..warkah untuk abah

Semalam merupakan hari Bapa kepada mereka yg bergelar bapa...dan hari gembira untuk mereka yang masih mempunyai bapa kerana berpeluang menyambut hari tersebut...
Bagiku tiada yang lebih bermakna yang dapat kuucapkan..hanya sekeping kertas tertulis warkah untukmu abah...

Abah,
Kumulakan warkah ini dengan selawat dan salam atas penghulu dunia dan akhirat, Nabi Muhammad S.A.W. semoga Baginda memandu dan menyuluh jalan hidup ini dengan sebaik-baiknya…

Abah…
Telah 29 tahun daku hidup didunia ini tanpamu disisiku..Kumasih ingat lagi kisah manis suka duka kita bersama..
Ayah... Sejak diriku dilahirkan oleh mak, daku ditatang bagai minyak yang penuh.
Aku diberikan nama yang unik...Ingat lagi aku pada gurauan mu yang menyatakan kehendakmu inginkan anak perempuan..tetapi yang lahir adalah diriku..namun kau tetap redha dengan ketentuan illahi..aku tetap disayangi dan dijagai dengan penuh manja..demi cita-citamu inginkan anak perempuan...kau berikan aku nama seperti nama perempuan..namun aku tetap berbangga..kini nama itu masih lagi kugalas..walaupun pelbagai pandangan dan sindiran yang kuterima...aku pasrah dengan ketentuan itu..
Abah
ku ingat lagi.. Meskipun kadangkala kemahuanku tidak dipenuhi atas sebab-sebab tertentu, namun daku merasakan, daku adalah anak yang dimanjakan sebagai anak lelaki diantara anak-anakmu yang lain... Meskipun daku tidak pernah mahu digelar anak yang manja, atau yang terlalu bergantung kepada ibu bapa, namun, atas tarbiah yang agak memanjakan itu, hatiku agak lembut dan kadangkala tidak berapa kuat untuk menghadapi dunia.

Ketahuilah abah, daku seringkali teringat beberapa peristiwa yang abah tunjukkan kepadaku, bagaimana suatu ketika daku menyeberangi jalan, tanpa sedar kereta meluru laju kepadaku, silapku kerana melepaskan tangan mak, untuk pergi kepadamu tanpa menoleh kiri dan kanan. Akhirnya pelempang yang hinggap di belakang. Daku menangis dalam diam, sambil mendengar leteran mak, akhirnya daku ketahui, abah amat sayangkan daku. Terima kasih abah!
Abah, pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah kau telah memahamkanku betapa pentingnya nilai Islam dalam diri dan nilai Islam yang abah mahu terapkan dalam famili. Setiap hari abah seringkali mengingatkan kami tentang solat 5 waktu...
Namun segala kenangan manis aku bersamamu tidak tahan lama..
Ku ingat lagie ..masih segar dalam ingatanku...
Sehari sebelum kau pergi meninggalkan kami..
Abah pulang kerumah setelah seminggu bekerja diluar...
Perlakuan abah amat berbeza sekali...dari seorang yang sihat..badan abah telah susut..dari seorang yang ceria abah bertukar menjadie seorang yang suka termenung..
Ku ingat lagie..ketika itu...
Abah meminta emak untuk membuat air buah belimbing..ayah meminta abangku mencari air tebu..
Segalanya berjaya penuhi..

Pada 13 jUlai 1990...abah telah pergi meninggalkan aku dan keluarga..
Kematian abah amat meninggaln kesan yg mdlm apatah lg meninggaln mak yg keseorgn. Anak2 semua masih kecil lagie..aku pada itu ketika berusia 11 tahun. Mak masa tue tengah sarat mengandungkan adik yang bongsu...tinggal lagi empat bulan untuk melahirkan adik yang bongsu.. Hidup ini seolah xda erti....hanya bergantung harap pada abang yang sulung yang ketika itu baru sahaja memulakan alam pekerjaan dan seorang kakak yang telah bekerja..manakala abang yang lain semua masih bersekolah....
Aku ingat lagie..ketika itu..aku dan mak tgh menunggu teksi dihadapan umah..tiba2 datang 2 orang anggota polis memaklumlkan abah dah meninggal dihospital...ketika itu abangku yang ke-3 berada dihospital menjaga abah..yang dimasukkan mlm sebelumnya...
Apa lagi..tangisan.raungan kesedihan telah menyelimuti ahli keluargaku...

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali x tidur 2 hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar... semuanya pertama kali. & pertama kali juga xkan jumpa abah lg.
Aku memandin abah......memasangn kain ihram sbg kain kapan. Ketika dtutup muka abah, aku mcium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....& bangun....tetiba hati aku ingin terus mcium lg...aku mbongkokn kaki & mcium dahinya semula.Ciuman ini adlh ciuman terakhir. Semasa kecil aku sll cium abah. Ttp a/bila dh besar sudah lama x mcium pipinya. Ya Allah..Tuhan sgl alam...
Aku & abg mengangkat jenazahnya......dan mengiringinya ketanah perkuburan
Hati ini sayu mengenangn pemergian abah yg tcinta.

Ku lihat mak mengalirkan air mata sayu....pengihatannya kosong......stlh lama hidup bsama abah......kini tinggal seorg bersama anak-anak.

Selaku seorg anak.....aku tahu bgmn kasih seorg abah. Abah seorg pendiam......sbr.. & alim.....& pelbagai amanah kebajin dlakunnya. Aku selama ini aku x pernah meluahn kasih kpd abah scr terus terang. Mmg syg abah... cuma... dgn abah saya hormat & memendam kasih sy.....Lainnya pula dgn emak...yg sentiasa bterus terang....seringkali tidur d peha.

Selang seminggu kematian abah..kukemas pakaian abah..kukemas beg kerja abah..dan aku temui diary abah..aku membuka dan membacanya..mengalir air mata mebacanya...ada sahaja cerita yang ditulis mengenai kami adik beradik...abah seorang yang cermat..setiap perbelanjaan harian pasti akan dicatat dalam diary nya..

Abah mmg suka tulis. Kalau fail @ dokumen psl kereta, rumah, bil,kedai dll mmg semua tsusun.. Aku tjumpa buku nota kuliah subuh abah yg tbaru.....cttn takhir yg abah tulis "hati org biman sentiasa ingat kubur" abah garisn pkataan ingat kubur.... & kami bsyukur bhw abah semmgnya tlh bsiap sedia utk meninggal. & menyerahn kpd Allah utk melepasn seksaan d kubur & api neraka. Abah mmg suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bwk bjln...... Kini semuanya tiada.

Ya ALLAH....aku x tahu bgmn kehidupan utk dteruskn .pada ketika itu.. tanpa Abah ketika itu.......namun kau tetap bersyukur kerana aku masih lagie mempunyai seorang mak yang tabah.....
Mak telah meneruskan kehidupan menjaga kami..mendidik kami dengan penuh ketabahan...nasib kami cukup baik..pabila abah tidak meninggalkan kami tanpa sebarang bekalan..alhamdulilah berkat usaha kerja abah selama ini bersama
(Lembaga Letrik Negara)..ibu telah dapat pencen..sekurang-kurangnya beban ibu tergalas jua..ibu tidak bekerja..hanya menjaga kami dirumah..
masih segar dalam ingatanku
Tok Imam ada ckp kat kami...."kubur ayah dkorek...pastu dtanam...tanahnya masih penuh kat tepi....tlebih tandanya seorg yg pemurah....sdgn ada sesetgh kubur dkorek pastu dtimbus semula masih x cukup tanah." "abah kamu wjhnya senyumnyer w/ pun dh meninggal" "Abah kamu waktu dmandin dh bersih...x der kotor najis pun xder"...perkara itulah menyedapn hati kami....utk jd spt abah....

Ya Allah. Sesungguhnya kematian ini mberi hidayah pd aku ....

Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Zauji Bin Surip...ketahuilah kamu bhw mati itu bnr, kiamat itu bnr, Allah itu bnr" & kita yg hidup akan pergi jg....Lelaki berat t/jwbnya.... suami menanggung dosa isteri & anak2.....i/Allah selaku anak2 kami tlh dbekaln ilmu agama. Cuma aku kini tlh lupa utk beramal sejak mula bekerja stlh tlupa dgn nikmat Allah..mak jg seorg yg solehah....sy yakin Allah Maha Pengampun & Maha Bijaksana dlm menentun Al -Mizan..

Entahlah..kini mak pun sudah menyusul mengikut abah kedunia itu...tinggallah kami adik beradik meneruskan kehidupan ..semoga kami dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh keharmonian...

Inilah perasaan aku skrg. Buat korang yg masih ada....jadin iktibar.....cium pipi ayah sblm ciuman takhir. & curahn kasih syg tanpa selindung. Tunjukn.


Al-Fatihah....


Doakan daku ya Abah, tulus kepada Allah, agar daku menjadi anak soleh yang kalian harap-harapkan. Ameen…

Ingatan dari jauh,
anakmu..

1 comment:

fusarium solani said...

be strong! be strong buddy! Allah SWT Maha Agung dan Adil!...