Monday, July 7, 2008

SEPI..FILEM KITA WAJAH KITA..




4 julai 2008- Bertempat di Pavilion kuala lumpur, aku berkesempatan menonton cerita sepi bersama kwn ku...dengar khabar cerita ini adalah yang terbaik diabad ini..berdasarkan khabar angin kekawan citer ini best ditonton...dan lagie bagus kalau org yg menontonnya adalah orang-orang yang sepi..mungkin aku dan kawanku tergolong diantara mereka yang sepi........hahaha..perluker mengaku diri ini dalam kesepian....
aku terdorong menontonnya kerana aku ingin melihat hasil tangan Kabor Bhatia untuk kali kedua selepas CINTA....Faktor lain mungkin aku ingin melihat Afdlin Shauki ...Vanidah Imran..dan yg bestnya aku nak tgk Nasha Aziz dgn karakter yg berbeza....

Secara keseluruhannya dapat aku nyatakan bahawa sepi ini merupakan sebuah kisah mengenai cinta 3 orang yang berbeza...mengenai percintaan,kehilangan dan juga kesepian....
Kisah
ADAM-------------------SUFI--------------------IMAAN

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangan’nya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isteri’nya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Imaan yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat di’mana masa silamnya mampu di’selesaikan dan masa depan’nya mampu di’lihat.
Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya.


Tontonlah Filem SEPI....
Yang pasti cerita ini sama hebat dengan cerita CINTA arahan KHABIR Bhatia.
Antologi sepi yang pelbagai cerita,menarik dan membuatkan anda menitiskan airmata.....

Filem kita wajah kita....

Berdasarkan cerita sepi...apa yang aku boleh katakan...
cinta tidak boleh dimilki tetapi boleh dirasai...adakah perlu berlari untuk mengejar sesuatu yang belum pasti atau meninggalkan sesuatu yang telah dimilki....adakah ditakdirkan berjumpa untuk berpisah.....kerinduan yang tidak bertepi.... terlalu menyakitkan.. keikhlasan/jujur dalam merasai cinta wajib ada.....jangan begitu mudah melukakan perasaan orang lain...kelak diri sendiri yang terluka.. rona-rona cinta yan ada akan terpadam....akibat...ilusi prasangka yang kerap melanda......

Bagiku ....mengapa kita perlu berlari utk mengejar sebuah ilusi yang tidak bertepi..satu larian yang tiada garis penamatnya...setiap kelahiran memang telah tercipta skrip.....apa yang difikir baik adalah tidak baik untuk kita apa yang kita fikir tidak apa sebenarnya itu lah yang terbaik untuk kita.. Allah maha mengetahui....kita boleh meneruskan larian jika ada garisan penamatnya....suka atau tidak suka keputusan perlu dibuat berdasarkan alternatives yang ada..tidak perlu mencari nilai kesempurnaan kerana itu bukan milik kita....tidak perlu meratapi apa yang telah pergi...kerana memang itu kehendaknya. kerana setiap penghidupan ada penghujungnya ......cara pengisian adalah satu kemestian.....usah berlari mengejar ilusi yang tidak bertepi....warna hidup ini adalah terlalu indah untuk dinikmati......jgn lepaskan apa yang ada....hargai/menghargai itu lah sebaiknya...".jgn berlari lagi....dan kerap memikirkan sesuatu yang bukan milik kita hidup ini hanya sementara saja....skrip telah ditentukan.....adakah ingin berlari lagi......sampai bila......biarlah SEPI itu seketika sahaja kerana ia akan memberi ruang untuk kita ....berfikir secara rasional..
"Sepi adalah jiwa " ..mengapa harus ditangisi kesepian itu....
Aku merasakan tidak semua orang berada dalam kesepian... ada yang berjaya mengecapi bahagia...
bagi mereka yang sepi...apa yang boleh aku katakan..
mereka tidak meminta diri mereka ini untuk sepi dan mereka juga tidak meminta diri ini untuk bahagia...
tapi hakikatnya,,kebahagiaan itulah yang kita cari

SEPI,
BISIKU PADA BULAN,
KEMBALIKAN TEMANKU,KEKASIHKU,SYURGAKU.
TANPA DIA MLM MENEMANIKU,
SEPI MEMELUKKU,
BULAN JGN BIAR SIANG
BIAR ALAM INI KELAM,
BIAR IA SEPI.
SEPERTIKU........

Sejujurnya jiwa ku berkata aku suka cerita ini..
Tetapi setiap apa yg kita suka tidak semestinya sempurna....
Aku merasakan sepi adalah satu filem 'melankolik' tetapi gagal mengisi nilai instrinsik iaitu nilai-nilai spiritual.....secara dasarnya...kita wajib percaya kepada rukun islam/rukun iman...ketentuan qada & qadar...pasrah-redha dgn ketentuannya...manusia sentiasa diduga untuk diangkat "martabatnya....."setiap kesusahan ada kenikmatan yang tersembunyi.. apa yang kita nampak baik sebenarnya tidak baik bagi kita, apa yang kita nampak.. tidak baik. sebenarnya itu lah yang sebaik-baiknya bagi kita....Sewajarnya.....setiap masalah yang dihadapi kita sepatutnya kembali .."mengadu "kepada nya...akur akan kekuasaannya....tidak perlu berlari dan menjadi road runners tanpa finishing line....hati akan menjadi kosong dan sepi tanpa jiwa.....tidak perlu mencari apa yang tidak pasti....berilah peluang pada diri untuk menikmati nilai kehidupan....jadilah individu yang cemerlang dalam membuat pilihan-pilihan yang ada...kegagalan menangani emosi yang telah tercedera akan menjuruskan kepada masalah yang berterusan....
message film ini tidak menyentuh secara total konsep rukun iman dan rukun islam....
ia terlalu universal..elemen-elemen spiritual....terlalu kosong...tiada unsur-unsur kembali kepada nya....walaubagaimanapun.....
Finally ..AKU MERASAKAN .... itu lah realiti... kehidupan sebenar….manusia selalu alpa dengan ujiannya…
Kadangkala kita merasakan kesepian itu melanda..walaupun kita mengecapi kebahagian....



SEPI …


Sepi Hati
Terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir
Dihari ku
Namun ini hanya
Ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini
Yang bisa mengerti
Walaupun yang lain
Mau mengerti
Namun berat beban
Dihidupku
Biarkan saja
biar saja
Hanyaku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
sejuta kesabaran
Yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah pula
Sepanjang ku bisa
Atasi semua
Aku tetap diam ..


KESIMPULANNYA

Sepi memang tak boleh lawan cinta tapi sinematografi memang best giler.... jarang filem melayu ada sinematografi cam tu.... dan music latar orait tapi tak sehebat cinta... aku suka semua watak kecuali imaan..tak menjadi sangatt.... seolah olah macam ceriter indon lak pulak...bosan dan seperti kaku.... yang lain best.... for me aku bagi 4.5 bintang... filem nie.... nasha really great.... macam akak2 yang fening2 gitew tapie meriah lakonannya .... sapa tak tgk pergi la tgk...dan lastly ….. im proud coz masa tue ada juga kaum lain hahahah...... ada jugak org nak tgk citer melayu heheheheh

FILEM KITA WAJAH KITA






Apapun..
SEPIKAH ANDA..TEPUK DADA TANYA PADA HATI…USAH BIARKAN DIRI ANDA DISELIMUTI DENGAN KESEPIAN..PERCAYALAH..KEBAHAGIAAN PASTI AKAN DATANG..DAN INGATLAH APA YANG DIRANCANG KADANGKALA TAKKAN JADI KENYATAAN..JIKA ANDA BEBETUL SEPI..TONTONILAH SEPI...HAHAHAHA

2 comments:

fusarium solani said...

dah buleh agak dah filem ini macam mana!

Anonymous said...

dooh...

segala ketentuan adalah takdir Illahi yang meminta kita berfikir setiap kebesaran-Nya. Berserah kepadanya, jujur dalam pengabdian, dan di situ lah titik akhir perjalanan, bertemu yg Esa. If, in the lond winding road, u happened to meet with the Cupid, cherish the love, or else, keep walking as in the end of the road, we shall meet the Creator of the Cupid.

My 2 cent
Khalas