Tuesday, July 22, 2008

pantun 2 kerat...ahahaha

sudah lama menyepikan diri
hari ini aku kemari

Hari ini aku nak berpantun…lama rasanya tak berpantun…dulu masa zaman sekolah …akulah juara pantun…hhehehe…boleh giteww…dengan lafaz bismillah aku bermula


salam ceria pembuka kata
buat sedara jauh di mata

baik budi si gadis santun
siapa sudi sila berpantun

pantun berbisik bukan mengata
jom mengusik sesama kita..

Untuk kekawan sekaliann...sebagai ingatan dan pengajaran
Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa

Sudah garahu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula

Pinggan tak retak nasi tak dingin
Orang tak hendak kami tak ingin

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih


Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Tapie awas jangan berdendam...

Kalau padi taruh sama beras
Kalau tak mati boleh balas

Nak berkongsi sesuatu dengan anda semua....

anak cina duduk menampi
waktu lena terus bermimpi

hati gembira tidak terperi
mimpi bertemu tuan puteri

asyik menganyam si kain songket
tuan puteri berlesung pipit

kalau nak dapat kasih sejati
cari dan cubalah pikatkan hati

duduk di tingkap di waktu pagi
sudah kutangkap, terlepas lagi

hehehhe..jangan putus asa..

elok cuba sekali lagi
mana tau beroleh rezeki

pergi ke hutan memikat burung
dapat ditangkap teruslah kurung

anak burung di bawah tempurung
kalau dikurung , diakan murung.

Kesian kan..dia menjadie murung..oleh itu..

pagi petang kusuruh menyanyi
hilang murung pasti tak sunyi

anak burung di tepi gua
kalau di kurong sakit lah jiwa

boleh gitewww
jika dikurung belailah ia
setiap hari pasti ceria


dan last sekali untuk kawan i yg sedang berduka....

hatiku ingin merasa berkasih sayang..
tapi yang kunanti tak kunjung datang...

Lain dulang lain kakinya
Lain orang lain hatinya

Lain hulu lain parang
Lain dulu lain sekarang

Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci

sekian..sekadar hiburan dan tatapan kekawan sekalian...suka ker..hiuhihihi
Last sekali..

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

8 comments:

Anonymous said...

Buah berangan masaknya merah
Sayang kelkatu dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu

Yang sejengkal nak jadi sehasta
Ambil tali disambungkan sedepa
Yang tinggal hati nestapa
Ambil hati diri sabung tak berupa

Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan taman bunga
Buah hati kekasih orang
Hamba menumpang rindu sahaja

Anak ayam didik duduk dalam sangkak
Abang orang cerdik,adik orang budak!

he!he!

farouq said...

Malam si kundang Siang Si Pari
Pari Ku Gendang Selaut Dalam
Hati Terpaut Jatuh ke Sanubari
Ibarat Lelamanja menjadi puteri

Laut sedalam benang ku duga
Menjala rokan ditepian mandi
Kalau hati mu terpaut lah juga
Elok dimeterai bersatu hati

anak pak malau mari bercerita
di dalam paya hitam airnya
usah di cari pada sang cinta
nantikan hadir pada waktunya

hihiihi..boleh giteww

Anonymous said...

aduh! dia belilah pulak,

Baik-baik membelah kayu
Parang punting tidak berasah
Baik-baik mencelah rindu
Barang berdenting tidak berkisah

Bunga kiambang hijau ceria
Dijala teratai ditepian mandi
Budi abang kilau bercita
Bila berantai sopan diri

Kalau tuan ke laut dalam
Kailkan saya sotong kurita
Kalau tuan melaut kalam
Jahil saya memotong cerita

Cerita ditulis berkajang kertas
Dibaca orang sepanjang hari
Pantun dilukis panjang bernas
Bersarang ilmu seranjang budi

Anak ayam didik duduk atas tangga
Abang orang cerdik, adik balas mengaga! he!he!he!

Anonymous said...

ops..nganga

Anonymous said...

bunga melati kembang ditaman
dihiasi indah si bungga anggerik
andai hati sudah ditawan
mengapa punah jiwa dilirik


merah selasih di atas para
dihinggap kumbang jingga cerna
mengapa kasih hiba terlara
dikala kembang menanti sinar

Mother of Two said...

pen merah pen biru
u marah i le biew...

best haa pantun nie.. teringat kat sekolah.. ada mamat hantar pantun nie kat kiter....:)

Unknown said...

hina besi kerana karat hina manusia tidak berbudi

Anonymous said...

Jalan2 terjumpa penghuni
Best la pantun ni